Cabaran kem negara dalam Orleans Masters 2025 bakal disandarkan kepada lima wakil yang akan beraksi di suku akhir bermula kira-kira 8.50 malam ini.
Selain Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan utama kejohanan tetapi tersingkir daripada persaingan, dua lagi pemain pilihan utama, Lee Zii Jia dan Pearly Tan-M. Thinaah jelas tidak menghampakan.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Kejohanan Badminton Orleans Masters 2025
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Yang Sertai Orleans Masters 2025
- Senarai Pemain Malaysia Yang Memenangi Kejuaraan Siri BWF World Tour 2024
Kemaraan mereka turut diikuti tiga lagi wakil negara iaitu Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Orleans Masters 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berstatus Super 300.
Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan aksi pemain negara dalam suku akhir yang bakal berlangsung malam ini:
Suku Akhir Orleans Masters 2025
1) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian (China) -Beregu Wanita – Gelanggang 1 – 8.50 Malam
2) Hoo Pang Rong-Cheng Su Yin lawan Rehan Naufal Kusharjanto-Glorian Emmanuelle Widjaja (Indonesia) – Beregu Campuran – Gelanggang 1 – 9.40 Malam
3) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing lawan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong (Korea Selatan) – Beregu Wanita – Gelanggang 2 – 10.30 Malam
4) Lee Zii Jia lawan Nhat Nguyen (Ireland) – Perseorangan Lelaki – Gelanggang 2 – 11.50 Malam
5) Arif Junaidi-Yap Roy King lawan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan (Chinese Taipei) – Beregu Lelaki – Gelanggang 1 – 2.00 Pagi Sabtu
Berdasarkan rekod, Tang Jie-Ee Wei merupakan juara bagi edisi 2023 manakala Chong Hoon Jian-Muhammad Haikal Nazri adalah juara bertahan selepas memenangi pada edisi tahun lalu.
Mereka bagaimanapun tidak beraksi pada tahun ini ekoran kecederaan dialami Haikal yang masih dalam proses pemulihan.