Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) kini sedang menimbangkan untuk menamatkan kontrak Roberto Mancini sebagai ketua jurulatih susulan kemerosotan prestasi Arab Saudi di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Beberapa media Itali melaporkan Mancini hanya menunggu waktu untuk dipecat dan tempatnya bakal digantikan oleh bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane.
Baca Juga:
- Roberto Mancini Jangka Arab Saudi Jumpa Malaysia Di Pusingan 16 Piala Asia 2023
- Tinggalkan Bangku Simpanan Awal, Roberto Mancini Dianggap Biadap
- Prestasi Merudum, Roberto Mancini Salahkan Kelab Arab Saudi
Skuad Arab Saudi ketika ini hanya mengutip 5 mata dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 hasil daripada satu kemenangan dan dua keputusan seri namun SAFF dilaporkan tidak puas hati dengan prestasi itu.
Media terkemuka Itali, La Gazzetta dello Sport melaporkan SAFF telah membuat keputusan dan hanya perlu tunggu pengesahan rasmi daripada raja Arab Saudi.
Minggu lalu, Mancini terlibat dalam pertengkaran dengan penyokong selepas Arab Saudi seri 0-0 menentang Bahrain.
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
مانشيني يشتم جماهير المنتخب السعودي ! pic.twitter.com/X3Y2Xwom2w
— ITTI MANIA – اتي مانيا (@IttiMania) October 15, 2024
Disebabkan kecewa dengan situasi tersebut, SAFF telah pun menghubungi dua jurulatih berpengalaman sebagai calon pengganti iaitu Ramon Diaz dan Herve Renard.
Menariknya, nama Zidane disebut-sebut sebagai calon utama kerana kebetulan bekas bintang Perancis itu belum melatih mana-mana pasukan ketika ini.
Saudi Arabia wants to appoint Zinedine Zidane to become the coach of the Saudi national team after Roberto Mancini! (RMC Sport) pic.twitter.com/AY5Ha7weCk
— HEAVEN GATE 🚪 (@HEAVEN_GATE1) October 21, 2024
“Sejak kebelakangan ini banyak laporan mengenai rundingan bersama Zidane yang sudah mencapai peringkat akhir berkaitan pengganti Mancini.
“Keputusan tersebut mungkin dibuat selepas perlawanan Arab Saudi menentang Australia dan Indonesia bulan depan, masih ada waktu yang banyak untuk menimbangkan perkara itu dan mengumumkannya sebelum bulan Mac 2025,” kata media Arab Saudi, Al Araby.