Hasrat Harimau Malaya untuk menguji kekuatan Arab Saudi tidak jadi kenyataan apabila aksi persahabatan tersebut terpaksa dibatalkan atas permintaan jurulatih negara itu, Roberto Mancini.
Perlawanan itu dirancang sebagai persiapan awal sebelum menghadapi saingan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada januari tahun depan di Qatar.
Baca Juga:
- Nama Kim Pan Gon Dan Harimau Malaya ‘Viral’ Di Korea Selatan
- TMJ Dedah Romel Morales Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya
- Ranking FIFA: Harimau Malaya Lonjak Di Ranking Ke-130 dunia
Menurut kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman di Harian Metro, antara sebab pembatalan perlawanan itu ialah Roberto Mancini menjangkakan Malaysia mungkin akan bertemu Arab Saudi di pusingan 16 Piala Asia 2023 nanti.
“Perancangan untuk aksi persahabatan kedua-dua pasukan ini memang telah lama dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.
“Namun pihak Arab Saudi memaklumkan kepada FAM bahawa perlawanan ini tidak dapat diteruskan kerana Mancini membuat congakan bahawa pasukan kendaliannya itu berkemungkinan bertemu Malaysia di seawal Pusingan 16 Terbaik.
“Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan boleh bertemu di Pusingan 16 Terbaik pada 30 Januari 2024,” katanya kepada Harian Metro.
🇸🇦 Saudi Arabia will play friendlies against Lebanon, Palestine and Hong Kong before the Asian cup, which starts in Qatar next month.
❎🇲🇾The friendly match between Malaysia and Saudi Arabia scheduled to be held on 3/1 is canceled.#FAM pic.twitter.com/9DEj76EJWH
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 11, 2023
Disebabkan pembatalan tersebut, Arab Saudi memilih Lubnan, Palestin dan Hong Kong sebagai aksi pemanas badan sebelum saingan Piala Asia 2023 bermula.
Bagaimanapun, FAM kini sedang berusaha untuk mencari pengganti dan pasukan di ranking 99 dunia, Palestin disebut-sebut akan menentang skuad kendalian Kim Pan Gon.
Malaysia bakal membuka kempen Piala Asia 2023 menentang Jordan pada 15 Januari 2024 sebelum berdepan Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).