Zlatan Ibrahimovic memberikan sokongan penuh kepada Zinedine Zidane untuk mengambil alih tugas sebagai pengendali pasukan kebangsaan Perancis selepas penyingkiran mereka dari Piala Dunia.
legenda Sweden itu percaya Les Bleus memerlukan jenis kepimpinan tertentu untuk bangkit dan bergerak ke hadapan selepas kekalahan 2-0 kepada Sepanyol di peringkat separuh akhir.
Tempoh panjang dan penuh kejayaan Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis kini semakin menghampiri penghujungnya.
Impian untuk menamatkan era 14 tahunnya dengan satu lagi trofi Piala Dunia musnah pada malam Selasa selepas kekalahan 2-0 kepada Sepanyol.
Ketika Deschamps bersedia untuk membimbing pasukannya buat kali terakhir dalam aksi penentuan tempat ketiga di Miami, dunia bola sepak sudah mula memberi tumpuan kepada calon penggantinya.
Zidane sejak sekian lama menjadi calon utama untuk mengambil alih tugas pasukan kebangsaan itu dan Zlatan Ibrahimovic percaya bekas pengendali Real Madrid tersebut adalah pilihan paling tepat.
Zlatan Ibrahimovic Anggap Zidane Calon Tepat Buat Perancis
Ibrahimovic menyatakan bahawa skuad Perancis kelihatan tidak bermaya ketika menentang Sepanyol dan kekurangan sentuhan magis yang diperlukan untuk mara ke pentas final.
“Zidane melakukan tugas yang sangat baik ketika bersama Real Madrid,” kata Ibrahimovic menurut sumber laporan Goal.
“Dia memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara. Kita semua tahu bahawa dia akan mengambil alih pasukan kebangsaan itu. Saya fikir dia hanya akan meneruskan kerja yang telah dibina oleh Deschamps.”
“Bukan sukar untuk memilih pemain kerana dia mempunyai barisan pemain yang berkualiti. Kemudian, dia perlu membawa pendekatan pengurusannya sendiri ke dalam pasukan, mengikut cara yang dia mahukan.”
“Tetapi saya percaya dia lebih kepada seorang pengurus berbanding jurulatih kerana pasukan ini tidak memerlukan seorang jurulatih. Mereka memerlukan seorang pengurus.”