Senarai individu paling kaya di Malaysia sudah keluar menerusi Business Insider dan Bill Gates sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama selama lebih 2 dekad berturut-turut dengan nilai aset $89.4 billion USD. Bill Gates yang kini berusia 60 tahun tidak bermasalah untuk duduk di tangga pertama walaupun ada aset beliau yang mengalami penyusutan sejak beberapa tahun ini.
Dalam pada itu, terdapat muka-muka baru yang mula tersenarai sebagai antara yang terkaya di dalam bidang teknologi. Salah satu daripada adalah Pony Ma. Pemilik kepada Tencent yang memiliki nilai aset sebanyak $18.2 billion USD.
Berikut merupakan senarai 10 orang terkaya di dunia di dalam bidang teknologi.
10. Pony Ma
Nilai Aset: $18.2 billion
Umur: 44
Pemilik Syarikat: Tencent Holdings
9. Michael Dell
Nilai Aset: $18.9 billion
Umur: 51
Pemilik Syarikat: Dell
8. Steve Ballmer
Nilai Aset: $25.9 billion
Umur: 59
Pemilik Syarikat: LA Clippers
7. Jack Ma
Nilai Aset: $26.3 billion
Umur: 51
Pemilik Syarikat: Alibaba
6. Sergey Brin
Nilai Aset: $36.2 billion
Umur: 42
Pemilik Syarikat: Google
5. Larry Page
Nilai Aset: $37.8 billion
Umur: 42
Pemilik Syarikat: Google
4. Larry Elison
Nilai Aset: $46.1 billion
Umur: 71
Pemilik Syarikat: Oracle
3. Mark Zuckerberg
Nilai Aset: $46.2 billion
Umur: 31
Pemilik Syarikat: Facebook
2. Jeff Bezos
Nilai Aset: $51.2 billion
Umur: 52
Pemilik Syarikat: Amazon
-
Bill Gates
Nilai Aset: $89.4 billion
Umur: 60
Pemilik Syarikat: Microsoft
Agak mengejutkan apabila Elon Musk iaitu pemilik kepada syarikat Tesla dan Space X tidak tersenarai di dalam senarai 10 individu terkaya. Setakat tahun ini dikatakan nilai aset Elon Musk adalah sekitar $11.6 billion dan dijangka akan meningkat dengan lebih lagi berdasarkan roadmap Tesla dan beliau sendiri 5 tahun akan datang.
Baca lagi: Elon Musk Dedahkan Roadmap Terbaru Tesla Yang Pada Kami Sangat Futuristik