Mahu meraikan ketibaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah tahun ini?
Sebagai pembuka tirai kempen, 100PLUS berkolaborasi bersama SHALS untuk tampil dengan kempen istimewa yang bukan sahaja fokus kepada gaya Raya, tetapi juga memastikan anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan puasa.

Lebih menarik, anda boleh sertai TikTok Livestream bersama Pinn Yang dan Good Foodie yang bakal berlangsung sepanjang Ramadan. Menerusi sesi ini, Pinn Yang akan berkongsi pelbagai resipi kreatif, idea minuman menarik serta cara lebih bijak menikmati 100PLUS ketika sahur dan berbuka.
Butiran Livestream:
- Pinn Yang x Azfar Heri: 26 Februari 2026 (di akaun TikTok Pinn Yang)
- Good Foodie Daily Livestreams: 27 Februari 2026 hingga 16 Mac 2026
- Grand Finale Day Livestream: 17 Mac 2026 (TBC)
Istimewanya, platform livestream Pinn Yang ini juga memberi peluang kepada penonton untuk memenangi baju raya lelaki dan wanita daripada SHALS.
Menerusi setiap pembelian minimum RM35 dalam satu resit, anda berpeluang menyertai peraduan eksklusif ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan mekanik penuh livestream, orang ramai boleh layari TikTok rasmi 100PLUS di @my100PLUS atau dengan klik di SINI.
Ramadan Datang Dengan Jadual Padat
Ramadan sering kali hadir dengan jadual yang cukup padat. Sahur awal pagi, bekerja, berbuka, terawih, moreh dan pelbagai lagi aktiviti harian. Tak hairanlah badan cepat rasa letih dan lesu.
Namun, keadaan ini bukan semata-mata kerana berpuasa. Selalunya ia berpunca daripada hidrasi tubuh yang tidak dijaga dengan betul, menyebabkan tenaga cepat susut.
Badan Kehilangan Elektrolit Ketika Puasa

Semasa berpuasa, badan kehilangan cecair dan elektrolit seperti sodium dan potassium melalui peluh walaupun tanpa melakukan aktiviti berat.
Air kosong memang penting ketika berbuka, tetapi ia tidak menggantikan elektrolit yang telah hilang sepenuhnya.
Di sinilah minuman isotonik seperti 100PLUS memainkan peranan penting kerana ia membantu:
- Menggantikan cecair yang hilang
- Menyokong keseimbangan elektrolit
- Memberi tenaga melalui glukosa untuk hidrasi yang lebih tahan lama berbanding air kosong sahaja
Pilihan Sesuai Untuk Sahur Dan Berbuka

Untuk rutin puasa yang lebih selesa, 100PLUS ACTIVE (non-fizz) sesuai dijadikan pilihan ketika bersahur kerana tidak bergas dan lebih ringan untuk perut. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B bagi membantu memberikan tenaga dan rasa segar sepanjang hari.
Minuman tidak bergas ini juga sesuai diambil ketika berbuka untuk menggantikan semula tenaga dan elektrolit tubuh selepas seharian berpuasa, membolehkan aktiviti malam seperti solat terawih dan moreh diteruskan seperti biasa.
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih menyegarkan ketika berbuka, varian seperti 100PLUS ZERO dan Lemon Lime juga boleh dijadikan pilihan. Ia lebih ringan dan boleh dijadikan asas untuk resipi minuman ringkas yang kreatif, sesuai dipadankan dengan pelbagai juadah berbuka.
Puasa Adalah Komitmen Sepanjang Hari

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia komitmen dari sahur hingga ke malam. Kita bekerja, bergerak aktif, ke bazar Ramadan, berbuka, solat dan banyak lagi.
Sebab itu, menjaga hidrasi adalah perkara yang sangat penting agar tubuh kekal bertenaga dan tidak mudah lesu.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk:
- Sertai TikTok Livestream bersama Pinn Yang dan Good Foodie
- Berpeluang memenangi baju raya daripada SHALS
- Stock up pelbagai varian 100PLUS pada harga istimewa
Raikan Ramadan dan Raya dengan lebih bergaya dan bertenaga bersama 100PLUS x SHALS. Jumpa anda di SINI!