Lebih 500 juta data peribadi pengguna Facebook kini terdedah kepada umum secara dalam talian di laman forum penggodam. Di Malaysia sahaja, lebih 11 juta data pengguna Facebook dapat diakses secara percuma oleh sesiapa sahaja.
Isu ini pertama kali dibangkitkan oleh penyelidik keselamatan siber, Hudson Rock, Alon Gal pada hari Sabtu lalu, di mana dia menyatakan bahawa kebocoran data peribadi pengguna Facebook berada pada sangat bahaya kerana ia membabit keselamatan privasi pengguna.
Antara data peribadi yang boleh diakses secara percuma ini difahamkan merangkumi nombor telefon, ID Facebook, nama lengkap, lokasi, tarikh lahir dan alamat e-mel. Gal dalam kenyataannya berkata bahawa dia telah mengesahkan keaslian data yang bocor tersebut dan membandingkan dengan nombor telefon dengan kenalannya. Apa yang dia temui adalah sebahagian data yang bocor itu sepadan.
https://twitter.com/UnderTheBreach/status/1378314424239460352
“Pangkalan data yang begitu besar yang mengandungi maklumat peribadi, seperti nombor telefon pengguna Facebook, pasti akan mendorong penjenayah menggunakan data tersebut untuk melakukan serangan kejuruteraan sosial atau cubaan menggodam,” kata Gal.
Data yang dinyatakan termasuk maklumat peribadi lebih daripada 533 juta pengguna Facebook dari 106 negara, termasuk lebih daripada 32 juta pengguna di AS, 11 juta pengguna di UK, dan 6 juta pengguna di India. Dalam senarai itu, Malaysia juga menerima kesan yang sama apabila sebanyak lebih 11 juta pengguna Facebook dari Malaysia menjadi mangsa pelanggaran data ini.
Facebook dalam satu kenyataan berkata bahawa maklumat pengguna yang bocor ini adalah hasil daripada sistem yang diperbaiki pada bulan Ogos 2019. “Ini adalah data lama yang sebelum ini dilaporkan pada tahun 2019,” kata seorang jurucakap Facebook dalam satu kenyataan melalui e-mel. “Kami menemui dan menyelesaikan masalah ini pada bulan Ogos 2019.”
https://twitter.com/UnderTheBreach/status/1349674272227266563
Sebelum ini, Gal juga menemui data yang sama pada bulan Januari, di mana pangkalan data yang mengandungi berjuta-juta nombor telefon pengguna Facebook dijual secara haram melalui aplikasi Telegram. Untuk mendapatkan nombor telefon tersebut, pembeli harus membayar bermula dari USD$ 20.
Kini, sesiapa sahaja boleh mengakses seluruh kumpulan data kerana ia telah dimuat naik di forum penggodam secara percuma dan tersedia untuk khalayak umum.
“Penting bagi Facebook untuk memberitahu penggunanya tentang pelanggaran ini sehingga mereka cenderung menjadi mangsa pelbagai cubaan penggodaman dan kejuruteraan sosial,” kata Gal.
Sekiranya anda ingin mengetahui sama ada anda adalah salah satu mangsa kebocoran data peribadi Facebook, anda boleh mengakses laman HaveIBeenPwned.com dan memasukkan alamat e-mel akaun Facebook anda. Laman web ini mempunyai pangkalan data kebocoran data yang dikendalikan oleh penganalisis keselamatan Troy Hunt.
Tuah menang RM1 juta, jutawan muda jadi buruan ‘keluarga’ di Facebook. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Tuah Menang RM1 Juta, Jutawan Muda Jadi Buruan ‘Keluarga’ Di Facebook