Malaysia telah meraih rekod pelaburan bernilai RM170 bilion dari China dengan 19 memorandum persefahaman ditandatangani pada Sabtu (1 April), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu semasa penutupan Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-China di Beijing.
Baca Juga:
- Tauke Besar Dalam Radar Kerajaan, Anwar Ibrahim Tidak Akan Lepaskan Golongan ‘Maha Kaya’ Lari Cukai
- BKM, Mat Kilau Dan Anwar Ibrahim Muncul Antara Carian Paling Popular Di Google
- Didakwa Ambil Gaji Sebagai Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim Tampil Beri Penjelasan Sebenar
Beliau berkata antara yang menarik ialah pembangunan lembah automotif berteknologi tinggi di Tanjung Malim yang memberi tumpuan kepada kenderaan tenaga baharu.
Jumlah komitmen pelaburan yang mencecah RM170 bilion itu adalah yang tertinggi dari China ke Malaysia dengan sektor yang tertumpu adalah teknologi hijau dan ekonomi digital.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 1, 2023
“Dengan termeterainya perjanjian persefahaman ini, maka saya yakin ia mampu melonjak ekonomi negara, dan pastinya akan wujud ‘spillover effect’ kepada perusahaan industri kecil dan sederhana tempatan,” tambah beliau lagi.
Perdana menteri juga menyatakan komitmen pelaburan yang mencecah RM170 bilion itu adalah yang tertinggi dari China ke Malaysia dengan sektor yang tertumpu adalah teknologi hijau dan ekonomi digital.
Dalam ciapan terbaharunya, beliau menjelaskan Hubungan antara Malaysia dan China akan terus disemarakkan terutamanya di lapangan perdagangan dan ekonomi melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru (Belt and Road Initiative, BRI) demi manfaat bersama.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan sekalung perhargaan kepada kesemua pihak yang terlibat dengan acara lawatan rasmi ini terutamanya pihak kedutaan Malaysia di Beijing dan pihak media tempatan yang komited dan berdedikasi menjayakannya demi rakyat dan negara tercinta.