Seramai 23 pengadil Malaysia telah terpilih untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA untuk tahun ini selepas menampilkan prestasi yang baik.

Menurut perkongsian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 23 pengadil Malaysia telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Senarai yang dikeluarkan oleh FIFA itu terdiri daripada 6 pengadil; 8 penolong pengadil; tiga pengadil futsal dan dua pengadil bola sepak pantai.
Turut tersenarai empat pengadil wanita yang terdiri daripada seorang pengadil, dua penolong pengadil dan seorang pengadil futsal.

“Mohd Nazmi Nasaruddin yang merupakan pengadil FIFA sejak tahun 2016 mengetuai senarai enam pengadil selain Razlan Joffri Ali (sejak 2018), Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah (sejak 2020), Usaid Jamal (sejak 2022), Kamil Zakaria (sejak 2024) dan juga Izzul Fikri Kamaruzaman yang baru tersenarai tahun ini.

“Penolong pengadil dibarisi oleh Zairul Khalil Tan, Muazi Zainal Abidin, Arif Shamil Abd Rasid, Farhan Abdul Aziz, Shafiq Ahmad Said, Nadziran Aziz, Kesava Raj dan Saharudin Isahak manakala pengadil futsal pula terdiri daripada Helday Idang, Norafendy Norhayalan dan Faiz Jamaluddin.

“Malaysia turut memiliki dua pengadil bola sepak pantai iaitu Amirul Aizat Lodin dan Syahir Shaharul Nizam yang telah didaftarkan sejak tahun 2023.

“Empat pengadil wanita Malaysia juga telah diiktiraf oleh FIFA iaitu Ain Izzaty Zainal selaku pengadil utama sejak 2024 sementara tiga lagi pengadil ialah Nur Akmal Anuar, Munirah Ha Ali (penolong pengadil) dan juga Atikah Janah (pengadil futsal).

“Dengan perkembangan terbaharu ini, ia dilihat selaras dengan Pelan Strategik Fasa 2 F:30 2023-2026 yang direncana FAM bagi melahirkan lebih ramai pengadil bertauliah FIFA termasuklah dalam kalangan pengadil wanita,” tulis FAM.