Tirai saingan badminton tertinggi dunia sudah pun berakhir pada minggu lalu dengan dua wakil Malaysia melangkah ke separuh akhir BWF World Tour Finals menerusi Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Namun, pencapaian itu bukan sekadar kemuncak kepada satu kejohanan sebaliknya mencerminkan konsistensi yang dipamerkan beberapa wakil negara sepanjang musim 2025.
Dalam kalender yang padat dengan kejohanan bertaraf Super 1000 hingga Super 300, hanya segelintir pemain Malaysia benar-benar mampu mengekalkan prestasi di peringkat tertinggi dari awal hingga hujung musim.
Berdasarkan pencapaian ke separuh akhir, final dan kejuaraan sepanjang tahun, berikut adalah tiga wakil Malaysia yang paling menyerlah dan konsisten sepanjang musim 2025
Wakil Malaysia Konsisten Pada 2025
1) Pearly Tan-M. Thinaah
Juara
1) Terbuka Thailand (Super 500)
2) Terbuka Arctic (Super 500)
3) Japan Masters (Super 500)
4) Sukan SEA (Bukan Anjuran BWF)
Naib Juara
1) Indonesia Masters (Super 500)
2) Terbuka Indonesia (Super 1000)
3) Terbuka Jepun (Super 750)
4) BWF World Championship
Separuh Akhir
1) Terbuka India (Super 750)
2) Terbuka China (Super 1000)
3) Terbuka Hong Kong (Super 500)
4) BWF World Tour Finals
2) Aaron Chia – Soh Wooi Yik
Juara
1) Terbuka Thailand (Super 500)
2) Terbuka Singapura (Super 750)
3) Kejohanan Badminton Asia (Bukan Anjuran BWF)
Naib Juara
1) Malaysia Masters (Super 500)
2) Terbuka China (Super 1000)
3) Terbuka Arctic (Super 500)
4) Sukan SEA (Bukan Anjuran BWF)
Separuh Akhir
1) Terbuka India (Super 750)
2) Indonesia Masters (Super 500)
3) China Masters (Super 750)
4) Terbuka Perancis (Super 750)
3) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Juara
1) Terbuka Australia (Super 500)
2) BWF World Championsip
Naib Juara
1) China Masters (Super 500)
Separuh Akhir
1) Terbuka Malaysia (Super 1000)
2) Terbuka India (Super 750)
3) Japan Open (Super 750)
4) Macau Open (Super 300)
5) Denmark Open (Super 750)
6) Sukan SEA (Bukan Anjuran BWF)
7) BWF World Tour Finals