Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan keputusan Putrajaya mengenai peruntukan bulanan 300 liter di bawah skim subsidi bersasar BUDI95, petik The Malay Mail.
Beliau menyatakan bahawa ia dibuat berdasarkan data penggunaan yang merangkumi sebahagian besar rakyat Malaysia.
Baca Juga:
- Pak Cik Shell Tunjuk Cara Elak RM200 ‘Ditahan’ Bila Guna Kad Debit Untuk BUDI95

- BUDI95: 3 Langkah Mudah Pengesahan MyKad Di Aplikasi Setel

- 2.3 Juta Bakal Terlepas BUDI95, Apa Sebabnya?


Tinjauan yang dijalankan sepanjang dua bulan lepas menunjukkan purata penggunaan dalam kalangan pemandu adalah sekitar 150 liter.
Manakala data mengesahkan bahawa 98 peratus rakyat Malaysia menggunakan tidak lebih daripada 220 liter sebulan.
Peruntukan awal BUDI95 sebanyak 250 liter

Anwar menjelaskan bahawa kerajaan pada awalnya mempertimbangkan had 250 liter.
Namun, beliau memutuskan untuk menaikkan lagi had tersebut bagi memastikan skim itu diterima baik.
Pada masa sama mengelakkan timbulnya masalah kepada segelintir kecil pengguna yang mungkin melebihi paras lebih rendah itu.