Bekas pemain Barcelona, Dani Alves dipenjara empat setengah tahun oleh Mahkamah Sepanyol selepas beliau didapati bersalah merogol seorang wanita muda di sebuah kelab malam pada Disember 2022.

Pemenang tiga kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu juga diarahkan menjalani pemantauan selama lima tahun selepas hukuman penjara dan bayaran €150,000 (RM777,636) sebagai pampasan kepada mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bekas pemain skuad kebangsaan Brazil ini menyertai beberapa pemain ternama lain yang pernah dipenjara ekoran kesalahan jenayah dan di bawah merupakan lima pemain yang pernah dijatuhi hukuman penjara.

1. Ronaldinho

Ronaldinho dan abangnya Roberto de Assis terlibat dalam skandal pasport palsu. Pada 2020, mereka membuat pengakuan bersalah yang mengurangkan hukuman mereka daripada lima tahun kepada lima bulan dengan denda bersama $200,000. Keduanya dipenjarakan di Asuncion, tempat Ronaldinho menghabiskan hari jadinya yang ke-40.

2. Benjamin Mendy

Lima wanita menuduh Mendy melakukan serangan seksual di rumah agam Cheshirenya antara 11 Oktober 2020 hingga Ogos 2021. Dia dipenjarakan di HMP Altcourse di Liverpool tetapi ipindahkan ke penjara paling selamat – HMP Manchester, sebelum Krismas tahun 2021 demi keselamatannya.

Pemain Manchester City itu dibebaskan daripada enam kes pencabulan seksual selepas perbicaraan selama lima bulan. Mendy kini beraksi di Ligue 1 bersama Lorient.

3. Adam Johnson

Adam dipenjarakan atas kesalahan mencabul kanak-kanak. Bekas pemain Manchester City itu disabitkan kesalahan pada 2016. Sunderland memecatnya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan seorang gadis berusia 15 tahun yang identitinya dirahsiakan atas alasan undang-undang. Adam dibebaskan dari HM Prison Leeds dan HM Prison Moorland pada 2019 selepas menjalani hukuman tiga tahun.

4. Mason Greenwood

Greenwood ditahan pada Januari 2022 kerana disyaki melakukan pencabulan seksual, serangan fizikal dan ancaman pembunuhan. Dia dibebaskan dengan jaminan selepas tiga malam disoal siasat di dalam sel tahanan.

Bekas teman wanitanya mengeluarkan rakaman suara dia menyerangnya dalam talian. Manchester United menggantung Greenwood daripada bermain dan berlatih kerana siasatan belum selesai. Pendakwaraya menggugurkan kes itu pada Februari 2023 selepas saksi utama menarik balik penglibatan mereka. Greenwood kini beraksi di La Liga bersama Espanyol.

5. Joey Barton

Barton telah disabitkan dengan kesalahan keganasan sebanyak dua kali. Beliau dijatuhi hukuman penjara 77 hari kerana menyerang seorang pejalan kaki di Liverpool. Barton mendapat hukuman penggantungan selama empat bulan selepas dia mengaku menyerang dan menyebabkan kecederaan anggota badan terhadap bekas rakan sepasukannya di Manchester City iaitu Ousmane Dabo.