Bekas legenda Barcelona, Dani Alves menjalani kehidupan baharu yang cukup berbeza sebaik sahaja sabitan kes rogol ke atasnya telah dibatalkan.
Alves yang telah membuat 408 penampilan bersama The Blaugrana dalam dua tempoh berbeza serta pernah beraksi bersama Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG).
Baca Juga:
- Status ‘Legenda Barcelona’ Dani Alves Dilucutkan

- 5 Pemain Ternama Dunia Yang Pernah Dipenjara

- Bekas Bintang Barcelona Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Merogol
Beliau pada mulanya didapati bersalah atas pertuduhan menyerang secara seksual seorang wanita di sebuah kelab malam di Barcelona pada tahun 2022.
Ketika ditangkap, Alves bermain untuk Pumas UNAM di Mexico sebelum kontraknya ditamatkan dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah pada Februari 2024.
Namun, sebulan kemudian Alves itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas beliau mengemukakan rayuan dan kes tersebut dirujuk ke mahkamah yang lebih tinggi.
Perubahan Besar Hidup Dani Alves
Beliau yang kini berusia 42 tahun telah dibenarkan semula untuk ke keluar negara selepas larangan perjalanan dan perintah larangan mendekati dibatalkan dan dilaporkan telah memulakan kehidupan baharu sebagai seorang penceramah agama Kristian.
Dani Alves kini kerap memuatnaik ayat-ayat daripada kitab sudi agama tersebut di laman sosial peribadi miliknya.
Menurut sumber laporan Sport Bible, beliau menghadiri kongres belia ketiga Gereja Elim di Girona dengan satu video yang tersebar dalam talian menunjukkan kelibatnya.
Mahkamah Tinggi Keadilan Catalonia memutuskan bahawa kes asal mengandungi ‘beberapa kelompongan, ketidaktepatan, ketidakkonsistenan dan percanggahan berhubung fakta kes’ dan sabitan terhadap Alves kemudiannya dibatalkan.