Mahkamah Sepanyol menjatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun kepada bekas bintang Barcelona, Dani Alves selepas didapati bersalah merogol seorang wanita muda di sebuah kelab malam pada Disember 2022.
Alves antara pemain bola sepak paling berjaya dalam sejarah dengan 43 trofi major di dalam kabinet rumahnya. Dan kini legenda itu berdepan dengan pertuduhan serius ke atasnya.
Baca Juga:
- Ronaldinho Ditangkap Pihak Berkuasa Paraguay Selepas ‘Kantoi’ Guna Pasport Palsu
- Diinspirasikan Dari Karakter ‘Superhero’, Helikopter Neymar Bernilai Lebih RM60 Juta Jadi Tumpuan Ramai
- Messi Disarankan Ganti Tempat Xavi Sebagai Pengurus Barcelona
Pemenang tiga kali Liga Juara-Juara itu juga diarahkan menjalani pemantauan selama lima tahun selepas hukuman penjara dan bayaran €150,000 (RM777,636) sebagai pampasan kepada mangsa.
“Mangsa tidak bersetuju dan terdapat bukti di luar keterangan pengadu, bahawa ia adalah kesalahan merogol,” jelas mahkamah Barcelona dalam satu kenyataan.
“Mahkamah menganggap bahawa defendan secara tiba-tiba merangkul pengadu, menolaknya ke lantai dan merogol, selain menghalangnya daripada bergerak, tatkala pengadu menolak perbuatan itu dan mahu melarikan diri.”
Bagaimanapun, peguam Alves menegaskan pihaknya akan membuat rayuan.
🚨 Dani Alves has been sentenced to 4 years and 6 months in prison for sexual assault.
It also includes 5 years of supervised release and incommunication with the victim for 9 years and 6 months.
He will also pay legal costs.
🇧🇷 “We will appeal”, Dani Alves’ lawyer said. pic.twitter.com/Vq0QuIyTb4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 22, 2024
Menurut laporan oleh Cesena Ser di Sepanyol, Dani Alves ditahan pada 13 Januari 2023 selepas polis menerima laporan daripada wanita yang mendakwa Alves menyentuh kemaluannya ketika di kelab malam tanpa persetujuannya.
Alves juga dituduh telah memaksanya untuk pergi ke tandas di kelab malam itu untuk melakukan perkara tidak senonoh.
Sehari selepas laporan Cedena Ser itu, mahkamah terus mengarahkan perintah untuk menahan Alves.
Kelabnya, Pumas turut menamatkan kontrak bekas pemain kebangsaan Brazil itu serta merta sebagai sokongan kepada mangsa yang mendakwa dicabul oleh Alves.
Official: Mexican club Pumas have terminated Dani Alves' contract with immediate effect. pic.twitter.com/jKgBgZ5vUF
— Barça Universal (@BarcaUniversal) January 20, 2023
Wakil dan penasihat guaman kepada Dani Alves mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Alves mencabuli kehormatan wanita lain.
Dani Alves turut berkata: “Saya berada di kelab malam yang penuh dengan pengunjung tanpa menceroboh ruang privasi mana mana pihak.”
“Saya sendiri tidak kenal dengan perempuan itu.. dan bagaimana saya boleh tergamak melakukan perkara seeprti itu atas seorang wanita yang saya sentiasa hormati mereka,” kata Alves.