Kereta elektrik atau EV (Electric Vehicle) bukan lagi benda pelik di jalan raya Malaysia. Menerusi insentif kerajaan, pengecualian cukai dan kemudahan pengecasan yang semakin banyak, makin ramai yang mula mempertimbangkan untuk beralih kepada EV.

Dalam pada itu, masih ramai juga yang ragu-ragu disebabkan beberapa tanggapan yang mungkin dah tak relevan pada tahun 2025. Berikut 5 salah faham paling biasa tentang EV serta kebenaran di sebaliknya.

1. Kereta elektrik susah nak cas, stesen tak cukup.

5 Salah Faham Tentang Kereta EV, Ini Sebenarnya Yang Anda Patut Tahu
Sumber: Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation

Kalau 3 tahun lepas, mungkin ya. Tapi hari ini, lebih 1,400 charging point sudah tersedia di Malaysia dan jumlah ini dijangka terus meningkat menjelang 2026.

Banyak mall, R&R dan kawasan bandar utama kini dilengkapi pengecas pantas (DC fast charger) yang boleh cas dari 20% ke 80% dalam masa sekitar 30 minit.

Apa yang diperlukan adalah muat turun aplikasi seperti JomCharge, ChargEV atau Setel untuk semak lokasi dan status pengecas sebelum keluar rumah.

2. Bateri EV cepat rosak dan mahal untuk tukar

5 Salah Faham Tentang Kereta EV, Ini Sebenarnya Yang Anda Patut Tahu
Bateri kereta Tesla Model S. Sumber: Qnovo

Teknologi bateri EV sudah semakin maju. Kebanyakan EV moden hadir dengan waranti bateri sehingga 8 tahun atau 160,000 km.

Kajian juga menunjukkan bateri EV boleh bertahan sehingga lebih 10 tahun dengan penyusutan kapasiti yang sangat perlahan iaitu sekitar 1-2% setahun jika dijaga dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pemilik Tesla Model S dari 2012 yang masih menggunakan bateri asal hingga hari ini.

3. Kos selenggara EV lagi mahal dari kereta biasa

5 Salah Faham Tentang Kereta EV, Ini Sebenarnya Yang Anda Patut Tahu
Sumber: Motor Trend

Sebaliknya, kos selenggara EV jauh lebih rendah untuk diselenggara kerana tiada minyak enjin, tiada gearbox kompleks, tiada timing belt, dan kurang komponen bergerak.

Servis biasa hanyalah pemeriksaan tayar, brek, dan sistem penyejukan bateri.

Sebagai kiraan mudah, jika servis biasa kereta petrol menelan RM300-RM500 setiap 3 bulan manakala EV pula hanya perlukan sekitar RM100-RM150 dalam tempoh yang sama.

4. Kereta elektrik tak cukup power

5 Salah Faham Tentang Kereta EV, Ini Sebenarnya Yang Anda Patut Tahu

EV terkenal dengan instant torque. Ini bermaksud pecutan EV biasanya lebih pantas dari kereta enjin petrol dalam kelas yang sama.

Contohnya BYD Seal boleh memecut 0-100 km/h hanya dalam tempoh 3.8 saat sahaja. Bahkan EV segmen bajet juga masih mampu menawarkan handling dan pecutan yang cukup baik.

5. EV Tak sesuai untuk long distance, kena cas selalu

5 Salah Faham Tentang Kereta EV, Ini Sebenarnya Yang Anda Patut Tahu
Sumber: Proton

EV moden khususnya yang dilancarkan sejak tahun 2024 kebanyakannya menyokong jarak pemanduan sekitar 450km ke 650km untuk satu pengecasan penuh.

Hal ini membolehkan pengguna Itu cukup untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tanpa henti.

Lebih menarik, menerusi pengecasan pantas (DC charger), anda boleh mengecas kereta elektrik anda dari 20% ke 80% dalam tempoh sepantas 30 minit sahaja. Bersesuaian dengan anda yang mahu memanfaatkan masa untuk makan dan rehat di R&R.

Oh ya, anda juga boleh gunakan mode regenerative braking semasa menuruni bukit untuk berpeluang menambah range secara percuma.

Kesimpulan

kereta ev

Kereta elektrik bukan lagi teknologi masa depan. Sebaliknya, ia sudah jadi realiti hari ini. Menerusi teknologi yang semakin canggih dan sokongan infrastruktur yang semakin pesat berkembang, banyak salah faham terhadap EV sudah tidak relevan.

Kalau anda masih ragu-ragu, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba pandu uji terlebih dahulu dan rasai sendiri bezanya. Siapa tahu anda mungkin menjadi salah seorang pemilik baharu kenderaan EV?