Memiliki kenderaan elektrik (EV) ibarat melangkah ke masa depan. Namun, di sebalik keindahan perjalanan tanpa asap itu, satu perkara tetap menjadi keperluan iaitu pengecasan.

Jika anda memiliki EV di Malaysia, besar kemungkinan anda akan bergantung pada pengecas awam mungkin disebabkan tiada pengecas di rumah atau apabila anda travel jauh.

Kebanyakan stesen pengecas EV di Malaysia memerlukan aplikasi untuk mengaktifkan dan membayar sesi pengecasan. Jadi, ini antara aplikasi pengecasan EV yang paling banyak digunakan orang Malaysia pada tahun 2025.

1. JomCharge

6 Aplikasi Pengecasan EV Paling Banyak Orang Malaysia Guna Pada 2025

JomCharge merupakan antara aplikasi pengecasan EV paling meluas digunakan di Malaysia. Dengan satu akaun, anda boleh akses pengecas dari pelbagai penyedia utama seperti Gentari, chargEV dan TNB Electron.

Aplikasi ini menyokong peta lokasi pengecas, pembayaran dalam aplikasi dan juga ciri istimewa seperti AutoCaj, yang membolehkan pengecas bermula secara automatik tanpa perlu imbas kod.

2. PlugShare

6 Aplikasi Pengecasan EV Paling Banyak Orang Malaysia Guna Pada 2025

PlugShare tidak digunakan untuk mengecas, tetapi sangat penting untuk mencari pengecas EV berdekatan. Ia berfungsi seperti platform komuniti dimana pengguna boleh melaporkan status pengecas (berfungsi atau rosak), kongsi gambar dan berikan ulasan.

Aplikasi ini menyatukan data pengecas dari semua penyedia dalam satu peta interaktif.

3. A Better Route Planner (ABRP)

6 Aplikasi Pengecasan EV Paling Banyak Orang Malaysia Guna Pada 2025

ABRP ini pula sangat sesuai digunakan apabila anda merancang perjalanan jauh. Aplikasi ini boleh menjangkakan tahap bateri semasa perjalanan, mencadangkan tempat berhenti mengecas dan sesuaikan laluan berdasarkan model EV anda.

Ia tidak menyokong pengecasan secara terus, tetapi sangat berguna untuk perancangan rapi dan cekap.

4. ChargEV

6 Aplikasi Pengecasan EV Paling Banyak Orang Malaysia Guna Pada 2025

ChargEV ialah antara aplikasi EV terawal di Malaysia dan kini diuruskan oleh Yinson GreenTech. Ia banyak digunakan untuk pengecas jenis AC di lokasi urban seperti pusat beli-belah, universiti dan pejabat.

Aplikasi ini menyediakan paparan status pengecas, fungsi pembayaran mudah dan mesra pengguna untuk cas harian.

5. Gentari Go

6 Aplikasi Pengecasan EV Paling Banyak Orang Malaysia Guna Pada 2025

Gentari Go ialah aplikasi rasmi untuk pengecas milik Gentari, anak syarikat Petronas. Ia fokus pada pengecas DC pantas dan ultra-pantas, terutama di R&R lebuh raya dan lokasi popular.

Anda boleh semak pengecas aktif, buat bayaran terus dan semak rekod pengecasan melalui aplikasi ini.

6. TNB Electron

6 Aplikasi Pengecasan EV Paling Banyak Orang Malaysia Guna Pada 2025

TNB Electron dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad dan menawarkan kemudahan pengecasan di kawasan luar bandar serta laluan utama. Aplikasi ini menyokong pengecas pantas dan biasa (AC & DC), dengan antaramuka ringkas untuk pengguna baharu.

Ia semakin mendapat tempat sebagai pelengkap rangkaian pengecas sedia ada.

Dalam dunia kenderaan elektrik yang serba pintar dan sentiasa bergerak pantas, aplikasi pengecasan bukan sekadar alat tetapi ia adalah penyelamat, pembantu dan pemandu arah anda.

JomCharge dan PlugShare ibarat gandingan wajib untuk setiap pemilik EV yang mahu perjalanan harian berjalan lancar tanpa drama. Kalau anda suka merancang dengan bijak, ABRP pula boleh jadi co-pilot digital anda.

Tak salah simpan lebih dari satu aplikasi kerana dalam dunia EV, lebih banyak pilihan bermakna lebih banyak ketenangan.

Jadi sebelum anda hidupkan enjin senyap itu dan meluncur ke destinasi impian, pastikan anda sudah bersedia dengan aplikasi yang betul di hujung jari.