Kolaborasi antara kerajaan dan platform e-dagang terus membuka peluang kepada usahawan tempatan berkembang dalam ekonomi digital.

Terbaharu, 700 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan berjaya menjana jualan melebihi RM28 juta di TikTok Shop menerusi inisiatif pemerkasaan digital bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

700 PMKS Tempatan Raih Lebih RM28 Juta Di TikTok Shop, Bukti Kuasa Digital Usahawan Malaysia

Menariknya, 74% daripada penjual yang dibimbing merupakan usahawan wanita, sekali gus menunjukkan peranan penting wanita dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.

Pengumuman ini dibuat sempena pelancaran TikTok Shop Bazar Raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen IOI City Mall Putrajaya, bersempena Ramadan serta sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Program pemerkasaan digital bantu PMKS berkembang

700 PMKS Tempatan Raih Lebih RM28 Juta Di TikTok Shop, Bukti Kuasa Digital Usahawan Malaysia

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong, penyertaan tinggi usahawan wanita membuktikan keberkesanan usaha memperkasakan ekonomi inklusif melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan TikTok Shop.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama awam-swasta seperti ini membantu PMKS tempatan meningkatkan kemahiran digital, membina jenama Malaysia yang lebih berdaya tahan serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

TikTok Shop bantu percepatkan pertumbuhan perniagaan

Sementara itu, Nur Azre Abdul Aziz, Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia berkata, kerjasama bersama KUSKOP bertujuan membantu PMKS tempatan berkembang secara mampan dalam ekonomi digital.

Menurutnya, ekosistem e-dagang TikTok Shop mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif, selain membuka peluang kepada perniagaan pelbagai saiz untuk berkembang.

TikTok Shop LIVE Hub bakal diperluaskan

700 PMKS Tempatan Raih Lebih RM28 Juta Di TikTok Shop, Bukti Kuasa Digital Usahawan Malaysia

Bagi memperkukuh kerjasama ini, TikTok Shop LIVE Hub akan diperluaskan ke Pahang dan Pulau Pinang bagi memberi akses latihan serta fasiliti penstriman langsung kepada lebih ramai PMKS.

Setakat ini, LIVE Hub di Sabah, Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan telah:

  1. Menganjurkan lebih 100 sesi latihan fizikal
  2. Memperkasakan lebih 3,000 PMKS
  3. Menjana lebih 1,800 jam penstriman langsung
  4. Mengumpul lebih 40 juta tontonan

TikTok Shop Bazar Raya 2026

Orang ramai boleh menyokong usahawan tempatan dengan mengunjungi TikTok Shop Bazar Raya 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 8 Mac 2026, jam 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen IOI City Mall Putrajaya.

Acara ini menampilkan lebih 80 reruai penjual serta penampilan selebriti tempatan seperti Amyra Rosli, Puteri Aisyah, Zazleen, Shahz Jazle, Azira Shafinaz, Emma Maembong, Jazmy Juma dan Nazief Nazri.

Sokong PMKS tempatan

Untuk maklumat lanjut mengenai Juala Bazar Raya TikTok Shop, anda boleh layari laman web mereka di sini.