Nota Editor: Tips bargain kaw-kaw sewaktu membeli belah di Vietnam ini telah dikongsikan oleh Nina Sekeri yang telah berkunjung ke sana baru-baru ini. Kmai kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia dapat membantu anda berjimat sewaktu shopping sakan di Vietnam.
Tips shopping (bargain tegar) di Ben Thanh Market, Ho Chi Minh
Assalamualaikum,
Sini ada sikit tips untuk sesiapa yang nak ke Vietnam untuk shopping.
1. Keluar awal, jam 7 pagi. Pastikan perut berisi dulu. Pergi lah makan, makan kat Basiroh ke. Nanti lapar takde tenaga pulak nak berjuang.
2. Round-round dulu buat muka macam dah biasa pergi sana. Kalau dorang tanya pun cakap je dah banyak kali datang walaupun baru 1st time sampai kat sana. Tipu sunat ok kot. Sebab kalau dia tau kita newbie dalam bidang ni, payah sikit la nak bargain kaw-kaw. Banyakkan google info pasal harga barang.
3. Kedai mula buka kat Ben Thanh tu around 9am. Pastikan korang jadi 1st customer. Yang untung jadi 1st customer, dia memang nak sangat kita beli. 1st customer ni luck la camtu kat dorang. So kalau dia letak harga RM50, mintak la kurang sampai RM20 (contoh tshirt, dress budak, jersey). Kalau dia tak bagi, tak payah merayu. Korang kena firm, kalau dia bagi harga yang korang nak baru beli. Kalau tak sila senyum sambil say good bye. Dorang pandai pujuk rayu. Jangan termakan rayuan dan jangan cepat kesian. Sila kesian kat poket sendiri.
4. Kalau nak tempah baju, kena bagitau korang nak balik esok pagi dah. Baju nak kena siap hari yang sama. Lagi lambat korang balik, lagi lama la baju korang siap nanti.
5. Kalau yang jual tu peniaga Muslim kat kaki lima kedai-kedai makan area Basiroh tu, bargain sikit-sikit je la sebab memang dah murah. Dalam RM3 – RM5 dah ok dah.
6. Siapa-siapa nak beli helmet, beli masa on the way to airport. Print gambar helmet siap-siap dan tunjuk kat taxi driver baru dia paham korang nak beli helmet. Dia boleh tolong berhenti kat kedai yang much more cheaper dari kedai area Ben Thanh tu. Tunjuk guna HP pun boleh. Canggih dah sekarang ni.
7. Kalau bargain harga barang kat pasar malam, sama jugak. Hati kena kering. Contoh keychain dia letak harga RM25 sepapan (ada dalam 10 macam tu). Mintak la sampai RM7 ke RM10 je. Jangan ambik kalau dia kurang RM5 je. Sila buat derk je. Don’t forget to say good bye and ask them to smile supaya dorang tak marah kalau tak jadi beli. Susah kan nak buat derk je then suruh orang tu senyum. Hahaha. Selamat berjuang. Untuk beg sulam tangan yang dia letak harga RM45, saya dapat RM15 je. Walaupun dia buat muka kesian, saya buat la muka sehabis manis nak jugak harga rm15. Hahaha.
8. Penjaja – yang dok menjaja sambil dukung barang dagangan tu wallet kulit dia biasa bagi RM10, mintak kurang RM5. Wristlet kulit, dia letak harga RM45, mintak RM20. Dia mesti bagi punya. Pendek kata pastikan bargain sampai dapat kurang 50% dari harga asal.
9. Item sales – contohnya macam dia sales RM25.00 kat pasar malam untuk beg, sila minta diskaun juga dalam rm3 ke RM5.
Semua tips bargain tegar tak terpakai kalau masa korang pergi tu orang dah ramai sebab dorang pun eksyen jugak. Kau tak nak, ramai lagi yang nak beli. Camtulah, so make sure korang jadi 1st customer.
Masa balik, bawa begpack paling selamat utuk selamatkan diri dari kastam. Tak kira la besar mana pun. Ada 2 ke3 backpack pun okay. Tak payah nak feeling Akademi Fantasia sangat okeh or acah-acah stewardess bawak beg AF tu
Selamat berjuang.
BACA: 5 Tahun Di India, Lelaki Ini Menulis 14 Tip Untuk Anda Yang Mahu Ke Sana
BACA juga: 8 Barang Penting Yang Mesti Dibawa Ketika Melancong