Bintang Liverpool, Mohamed Salah tanpa berselindung mengakui Arsenal merupakan calon utama untuk menjuarai saingan English Premier League (EPL) 2025/26.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Liverpool bakal menanti kunjungan Arsenal di Anfield pada jam 11.30 malam esok.

Baca Juga:

Selepas mengharungi dua perlawanan setakat ini, Liverpool bersama Arsenal dan Tottenham Hotspur cemerlang dengan kemenangan bersih untuk mengumpul enam mata.

Walaupun hanya bakal memasuki perlawanan ketiga, Salah memandang tinggi cabaran tinggi Arsenal dan melihat skuad kendalian Mikel Arteta itu mampu muncul juara liga musim ini.

Pendapat tersebut ada asasnya kerana Arsenal telah berbelanja hampir £270 juta $365 juta untuk membawa masuk pemain-pemain seperti Martin Zubimendi, Cristhian Mosquera, Viktor Gyokeres dan yang terbaharu, Eberechi Eze.

Pendapat Mohamed Salah Tentang Arsenal

“Berdepan pasukan pilihan juara pada Ahad nanti,” ujar Mohamed Salah menurut sumber laporan Goal.

“Ya (sambil ketawa). Sudah tentu, sudah tentu. Pasukan itu, saya sudah sebut beberapa kali.”

“Hari ini dan juga ketika Anugerah PFA, saya katakan mereka adalah pilihan juara kerana mereka memiliki sebuah pasukan yang sudah bermain bersama selama lima, enam tahun.”

“Jadi, mereka saling memahami permainan masing-masing. Selain itu, mereka juga mempunyai seorang pengurus yang sudah berada di sana selama lima, enam tahun.”

“Apabila sesebuah pasukan kekal bersama selama tempoh itu, mereka tahu cara permainan antara satu sama lain dan itu memudahkan mereka.”

“Tetapi pasukan lain seperti kami dan Manchester City sering melakukan pertukaran pemain yang kadang-kadang menjadi agak rumit.”

“Namun, pasukan di bawah Pep Guardiola sentiasa menjadi pilihan utama. Tetapi bagi saya, tahun ini Arsenal adalah nombor satu,” tambah beliau lagi.

 

 

Sumber