Penjaga gol baharu Manchester United, Senne Lammens mengakui aura hebat dimiliki The Red Devils menjadi sebab utama beliau memilih untuk menyertai kelab tersebut.
Manchester United menjadi pilihan utama Lammens walaupun Aston Villa turut berusaha mendapatkan khidmatnya pada saat-saat akhir.
Baca Juga:
- Patrick Dorgu: 100 Peratus Jelas, Matlamat Manchester United Adalah Menjuarai EPL 2025/26

- Ini Sebab Manchester United Megastore Tak Benarkan Peminat Cetak Nama Beckham & Ronaldo Pada Jersi Kelab

- Ralf Rangnick Dedah Dua Punca Utama Krisis Menghantui Manchester United

Lammens menyertai Manchester United dari Royal Antwerp dengan yuran perpindahan bernilai $29 juta dan memeterai kontrak sehingga Jun 2030.
Berusia 23 tahun, Lammens hadir ke Old Trafford dengan reputasi hebat apabila menjadi penjaga gol yang paling sedikit dibolosi dalam saingan Belgian Pro League musim lalu.
Beliau akan menyertai rakan sepasukan baharunya di Carrington selepas rehat antarabangsa bagi memulakan langkah seterusnya dalam kariernya bersama United.
Aura Manchester United Pikat Senne Lammens
“Ini adalah perpindahan impian saya,” ujar Senne Lammens menurut sumber laporan Goal.
“Ketika saya berusia lima tahun, United berada di kemuncak bola sepak. Anda akan simpan dalam ingatan betapa besarnya Manchester United.”
“Bila saya dengar mereka berminat, rasanya seperti impian zaman kanak-kanak jadi kenyataan. Kelab ini sendiri, auranya, sangat luar biasa.”
“Berada di sini hari ini, melihat semuanya, ia berada pada tahap yang berbeza. Bahagian yang paling besar ialah stadium. Anda boleh rasa sejarahnya bila melangkah masuk.”
“Saya tak sabar untuk menjejakkan kaki ke padang buat kali pertama sambil terfikir tentang semua legenda yang pernah bermain di sini, terutamanya penjaga gol,” tambah beliau lagi.