Pengurus Manchester United, Ruben Amorim meminta maaf kepada penyokong selepas dimalukan kelab bawahan awal pagi tadi.

United tewas kepada Grimsby Town, kelab yang beraksi di divisyen keempat bola sepak England di pusingan kedua Piala Carabao.

Baca Juga:

Ketinggalan 2-0, United berjaya bangkit dengan mengikat kedudukan 2-2 dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Ruben Amorim
Kredit Foto: REUTERS/Phil Noble

Penentuan sepakan penalti berakhir dengan 12-11 memihak kepada Grimsby selepas Bryan Mbeumo gagal menyempurnakan sepakannya.

Ruben Amorim Minta Maaf

Menurut Amorim, segalanya seperti tidak menjadi bagi Manchester United dalam perlawanan tersebut.

“Cara kami memulakan permainan, kami seolah-olah tidak berada di sini. Saya cuma mahu minta maaf kepada peminat kami.

“Saya rasa pemain saya bercakap dengan lantang hari ini apa yang mereka mahukan. Saya fikir ia mudah untuk anda (bagaimana mentafsirnya).

“Mari kita fokus pada perlawanan seterusnya dan kemudian kita berhenti untuk perlawanan antarabangsa.

Ruben Amorim
Sumber Gambar: Manchester United

“Tidak mengapa kami tewas. Dalam sepakan penalti, perasaannya sama. Saya rasa bola sepak benar-benar adil hari ini. Pasukan terbaik menang,” katanya.

Ramai yang mempersoalkan corak permainan yang digunakan oleh Amorim selain penjaga gol iaitu Andre Onana.