Pertahanan Manchester United, Patrick Dorgu dengan penuh keyakinan mendedahkan bahawa The Red Devils mensasarkan untuk menjuarai English Premier League (EPL) 2025/26.
Kekalahan kepada Arsenal dan terikat 1-1 ketika bertemu Fulham tempoh hari jelas tidak langsung mengganggu fokus Manchester United untuk memburu kejuaraan ke-14.
Baca Juga:
- Pembinaan Stadium Baharu Manchester United Tergendala Kerana Harga Tanah Terlalu Mahal

- Ruben Amorim Tidak Setuju Dokumentari Manchester United Oleh Amazon Prime

- Gary Neville: Sesko Masih Jauh Lagi Nak Dapatkan Tahap Terbaik

Dengan satu mata diraih hasil dua perlawanan, Manchester United kini menghuni tangga ke-16 selepas berkongsi mata bersama Newcastle United, Aston Villa dan Brighton.
Walaupun Ruben Amorim telah menetapkan sasaran utama untuk layak kembali ke pentas Eropah, pertahanan berusia 20 tahun itu nyata lebih bersemangat untuk menjulang trofi EPL.
Keyakinan Patrick Dorgu
“100 peratus. Kami adalah Manchester United, jadi itu [menjuarai saingan EPL] sentiasa akan menjadi matlamat kami.”
“Semua orang ada sesuatu untuk dibuktikan musim ini.” ujar Patrick Dorgu menurut sumber laporan Goal.
“Kami perlu kembali ke pentas Eropah, jadi saya rasa kami sebagai satu pasukan sudah bersedia untuk beraksi di atas padang.”

“Kami perlu kekal bersama, gembira, positif dan cuba lakukan apa yang diminta oleh jurulatih.”
Walaupun Patrick Dorgu kelihatan cukup yakin dengan kemampuan pasukan, Ruben Amorim kini pasti berada dalam keadaan tertekan dengan perkembangan semasa.
Hal ini kerana United hanya mampu meraih 28 mata daripada 29 perlawanan liga dibawah kendalian pengendali dari Portugal itu.
Satu statistik membimbangkan yang memberi gambaran suram buat kelab yang suatu ketika dahulu digeruni di seluruh Eropah.