Pemain naturaisasi negara, Liridon Krasniqi tidak berputus asa dalam usaha beliau kembali ke saingan Liga Malaysia.

Pemain yang mesra disapa Matdon itu meninggalkan satu komen pada hantaran aksi antara Johor Darul Ta’zim dan Sabah yang berakhir 5-0 pada babak pertama.

Baca Juga:

“Saya kini ejen bebas,” tulis Matdon di ruangan komen.

Pemain berusia 33 tahun itu kali terakhir beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2023 bersama Terengganu FC.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: Terengganu

Perjalanan Liridon Selepas Beraksi Di Malaysia

Selepas bergelar ejen bebas, Matdon pernah beraksi dalam saingan Baller League bersama Kafigtiger.

Selain itu, beliau juga pernah menjalani latihan bersama kelab Amerika Syarikat iaitu Miami United.

Pemain kelahiran Kosovo itu mendedahkan beliau hampir untuk menyertai salah satu kelab dari utara tanah air bagi menghadapi saingan musim 2024/25.

Perkara ini dinyatakan oleh Liridon Krasniqi ketika menjawap soalan peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

“Sebelum saingan musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Liridon Krasniqi
Matdon

“Saya beritahu jurulatih yang saya berminat untuk beraksi di bawah bimbingannya.

“Akan tetapi, atas sebab beberapa perkara, saya tidak dapat menyertai pasukan Kedah.

“Tetapi saya sentiasa bersedia untuk kembali pulang dan membantu pasukan tidak kira apa jua keadaan,” katanya.