Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dilihat menjalani latihan bersama kelab Amerika Syarikat iaitu Miami United.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Liridon memuat naik video yang menunjukkan beliau menjalani sesi latihan bersama kelab itu baru-baru ini.
Baca Juga:
- Mungkin Ini Cadangan Terbaik Buat Liridon Krasniqi

- Liridon Krasniqi Mahu Kembali Beraksi Bersama Harimau Malaya

- Liridon Krasniqi Tunggu Panggilan Telefon Dari Kedah

Liridon Krasniqi Kekal Aktif Ketika Bercuti
Bekas pemain Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata beliau dan isterinya sedang bercuti di Miami.
Liridon kemudiannya menghubungi salah seorang pegawai kelab dan bertanya sama ada beliau boleh menyertai sesi latihan Miami.
Turut kelihatan seorang lagi bekas pemain import Kedah iaitu Sony Norde ketika sesi latihan kelab itu.

Kali terakhir Liridon beraksi di peringkat profesional ialah ketika bersama Terengganu FC pada musim 2023 yang mana beliau menyertai kelab Pantai Timur itu secara pinjaman dari JDT.
Pemain kelahiran Kosovo itu mendedahkan beliau hampir untuk menyertai salah satu kelab dari utara tanah air bagi menghadapi saingan musim 2024/25.

Perkara ini dinyatakan oleh Liridon Krasniqi ketika menjawap soalan peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
“Sebelum saingan musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.
“Saya beritahu jurulatih yang saya berminat untuk beraksi di bawah bimbingannya. Dia juga memberitahu bahawa gemar dengan apa yang saya ada dan mahu saya berada dalam pasukan.

“Akan tetapi, atas sebab beberapa perkara, saya tidak dapat menyertai pasukan Kedah.
“Tetapi saya sentiasa bersedia untuk kembali pulang dan membantu pasukan tidak kira apa jua keadaan,” katanya.