Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski meminta maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan kenyataannya sebelum ini.
Cklamovski menegaskan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa terutama sekali majikannya, FAM.
Beliau menyatakan bahawa dia cuma mengulas tentang perkara yang sudah dinyatakan kepada umum oleh FAM berkaitan dengan isu kesilapan teknikal ketika mengemukakan dokumen 7 pemain warisan.
Bercakap kepada wartawan, Peter Cklamovski berkata: “Kami faham bahawa ada bunyi bising tentang situasi ini. Namun ianya di luar kawalan kami sepenuhnya.
“Ianya tiada kaitan dengan kerja keras pasukan kebangsaan. Di dalam kem kami, kami tidak memikirkannya langsung.
“Fokus kami hanya kekal pada bola sepak, itu yang kami boleh kawal.
“My statement was not disrespecting, if people feel I've disrespected I apologise but it wasn't my intention and I definitely didn't say anything new”, Peter Cklamovski.@ASTROARENA pic.twitter.com/L7QgA0nFvI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 13, 2025
“Jika ada pihak yang merasakan bahawa komen saya biadap ke atas FAM, saya tidak pernah berniat begitu.
“Saya cuma merujuk kepada perkara yang sudah dinyatakan oleh FAM sendiri kepada umum. Jika ada pihak terasa tersinggung, saya minta maaf setulus hati.
“We just have to focus”, Peter Cklamovski kekal pendirian tidak ulas isu pemain warisan ketika berdepan media Malaysia kali pertama sejak keputusan FIFA.@ASTROARENA pic.twitter.com/eQzIOoZJWz
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 13, 2025