Berakhirnya lima perlawanan UEFA Champions League (UCL) 2025/26 menyaksikan Arsenal unggul di tangga teratas dengan rekod 100 peratus kemenangan dilakarkan.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu dilihat cukup ampuh dalam memimpin 35 lagi pasukan yang turut bersaing bagi merekod kejuaraan paling berprestij di Eropah itu.
Baca Juga:
- UCL: Arsenal Atasi Badi Bayern Dengan Kemenangan 3-1

- UCL: Liverpool Dimalukan PSV Di Anfield 1-4

- Supercomputer Opta Ramal Arsenal Juara EPL Dan UCL Musim Ini

Malah, wakil England itu menjadi pasukan tunggal yang masih belum mengalami kekalahan dalam kempen kali ini.
Daripada lima aksi UCL 2025/26 dilalui, Arsenal berjaya meledakkan 14 jaringan dan hanya dibolosi satu gol. Statistik yang memberikan indikasi jelas kemampuan hebat The Gunners pada musim ini.
Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) berada di kedudukan kedua dengan 12 mata hasil empat kemenangan dan satu kekalahan.
Bayern Munich, Inter Milan dan Real Madrid turut mengumpul 12 mata tetapi PSG memiliki kelebihan perbezaan jaringan berbanding tiga kelab tersebut.
Berikut merupakan kedudukan terkini saingan UCL 2025/26 bagi selepas mengharungi lima perlawanan:
UCL 2025/26
1) Arsenal – 15 mata
2) PSG – 12 mata
3) Bayern Munich – 12 mata
4) Inter Milan – 12 mata
5) Real Madrid – 12 mata
6) Borussia Dortmund – 10 mata
7) Chelsa – 10 mata
8) Sporting Lisbon – 10 mata
9) Manchester City – 10 mata
10) Atalanta – 10 mata
11) Newcastle United – 9 mata
12) Atletico Madrid – 9 mata
13) Liverpool – 9 mata
14) Galatasaray – 9 mata
15) PSV Eindhoven – 8 mata
16) Tottenham Hotspur – 8 mata
17) Bayer Leverkusen – 8 mata
18) Barcelona – 7 mata
19) Qarabaq FK – 7 mata
20) SSC Naopoli – 7 mata
21) Marseille – 6 mata
22) Juventus – 6 mata
23) AS Monaco – 6 mata
24) Pafos – 6 mata
25) Royale Union Saint-Gilloise – 6 mata
26) Club Brugge – 4 mata
27) Athletic Bilbao – 4 mata
28) Eintracht Frankfurt – 4 mata
29) FC Conpenhagen – 4 mata
30) Benfica – 3 mata
31) Slavia Praha – 3 mata
32) Bodo/Glimt – 2 mata
33) Olympiacos -2 mata
34) Villarreal – 1 mata
35) Kairat Almaty – 1 mata
36) Ajax Amsterdam – 0 mata
Peringkat kumpulan UCL 2025/26 hanya berbaki tiga perlawanan sahaja lagi untuk mencari pasukan yang bakal layak ke pusingan seterusnya secara automatik atau terpaksa melalui pusingan play-off.