Malaysia membuka kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2025 dengan nota kemenangan selepas berjaya menundukkan Austria 5-1 pada aksi yang berlangsung di Madurai International Hockey Stadium, Tamil Nadu, India sebentar tadi.
Kemenangan besar itu penting buat skuad kendalian Nor Saiful Zaini yang akan berdepan tugas lebih sukar berdepan Belanda petang esok.
Baca Juga:
- Sohail Abbas Kini Penolong Jurulatih Skuad Hoki Malaysia

- Malaysia Layak Ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025

- Subahan Minta Pengadil Hoki Cari Sukan Lain Jika Mahu Duit

Suku pertama menyaksikan tiada jaringan dapat dihasilkan meskipun pemain negara dilihat lebih menguasai permainan.
Malaysia Cemerlang Dalam Aksi Pembukaan
Gol pertama skuad negara hadir pada minit ke-28 apabila Harris Iskandar Osman meledakkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti untuk meletakkan Malaysia dihadapan.
Penguasaan ditampilkan memberikan ruang buat Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari untuk menghasilkan gol kedua hasil jaringan padang setelah menerima hantaran daripada Naaveennash Panicker pada minit ke-47.
Naaveennash kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-55 selepas menolak masuk bola ketika situasi pukulan sudut penalti.
Seminit kemudian, Austria memperoleh jaringan saguhati menerusi pukulan sudut penalti Julian Kaiser untuk mengurangkan defisit jaringan.
Namun, jaringan itu langsung tidak mengganggu rentak barisan pemain negara untuk menambah dua jaringan padang oleh ketua pasukan, Muhammad Danish Aiman pada minit ke-55 dan 57 bagi memastikan kemenangan 5-1 memihak Malaysia.