Legenda Chelsea, John Terry mendedahkan dirinya tidak berminat untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengurus Oxford United selepas beliau dikaitkan dengan kelab EFL Championship tersebut.

Oxford United merupakan kelab milik Menteri Belia dan Sukan Indonesia serta Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

Baca Juga:

Kelab tersebut kini berada di kedudukan ke-22 dengan mengumpul 22 mata hasil lima kemenangan, tujuh keputusan seri dan 12 kekalahan.

Keadaan yang menjurus kepada spekulasi mengaitkan Terry untuk membimbing kelab tersebut. Bagaimanapun, bekas pertahanan unggul Chelsea dan skuad kebangsaan England itu menafikan khabar angin melibatkannya.

Ini Penjelasan John Terry

“Selamat pagi, saya masih berada di padang golf. Saya cuma ingin bercakap mengenai perkara yang mengaitkan saya sebagai pengurus Oxford.”

“Saya tidak tahu dari mana datangnya khabar angin ini, bagaimana ia boleh dibiarkan berlegar, [namun] saya jelas tidak sedang mencari pekerjaan.”

“Saya sudah berkali-kali menyatakan betapa saya mencintai peranan saya di akademi Chelsea, bekerja bersama pemain-pemain dalam proses peralihan daripada peringkat remaja ke skuad simpanan, sehinggalah ke pasukan utama.”

“Saya langsung tidak menghubungi Oxford, tidak bercakap dengan sesiapa pun. Jadi saya hanya mahu menjelaskan sepenuhnya bahawa saya tidak terlibat.”

“Saya mendoakan yang terbaik buat Oxford dan sesiapa sahaja yang bakal menjadi pengurus di sana tetapi yang pastinya bukan saya.”

“Semoga hari anda semua berjalan dengan baik. Up the Chels!” ujar John Terry bercakap dalam satu hantaran di laman TikTok peribadi miliknya.