FIFA telah mengeluarkan amaran terhadap Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir.

Menurut badan bola sepak dunia itu, Erick tidak sepatutnya memegang dua jawatan, dimana beliau turut mengisi jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil.

Baca Juga:

FIFA Beri Amaran Kepada Erick Thohir

Erick kemudiannya menjelaskan mengapa beliau mahu terlibat dalam urusan langsung pengadil di bola sepak Indonesia.

FIFA
Erick Thohir. Sumber Gambar: Jawa Pos

“Kenapa saya berada dalam Jawatankuasa Pengadil? Nah, siapa yang berani rasuah saya?” katanya.

“Tetapi, itu tidak akan dibenarkan sehingga tahun depan. FIFA telah memberi amaran kepada kami.

“Tiada badan bola sepak di dunia boleh pengerusi umum menjadi pengerusi jawatankuasa pengadil.”

Mulai tahun hadapan, jawatan pengerusi Jawatankuasa Pengadil PSSI akan digantikan oleh Yoshimi Ogawa.

FIFA
Erick Thohir. Kredit Foto: PSSI

“Ogawa tertekan semasa tahun pertamanya dalam jawatankuasa pengadil. Dia tidak tahu landskap bola sepak Indonesia. Sebab itu saya menemaninya,” tambah Erick.