Everton dikhabarkan sedang memerhati satu langkah luar biasa untuk membawa masuk dua pemain Manchester United yang tidak begitu diperlukan Ruben Amorim pada jendela perpindahan Januari.

Pengurus pasukan, David Moyes difahamkan berminat untuk menambah kekuatan pasukan selepas kecederaan yang menjejaskan skuadnya terutamanya di bahagian pertahanan dan posisi bek kanan.

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal, Moyes berminat untuk mendapatkan khidmat Kobbie Mainoo dan Joshua Zirkzee dengan pilihan terbaik adalah secara pinjaman.

Bukan Tugas Mudah Buat Everton

Sebarang perjanjian untuk mana-mana pemain ini tidak akan mudah kerana kedua-dua pemain berkenaan menerima gaji yang tinggi dan pihak United sendiri masih belum memutuskan sama ada melepaskan mereka secara pinjaman.

Oleh itu, walaupun minat The Toffees cukup berminat, pihak kelab mengakui bahawa rundingan tersebut boleh menjadi rumit dan berpotensi cukup mahal.

Dalam perkembangan lain, Everton juga masih mempunyai pilihan untuk memanggil kembali Harrison Armstrong dari pinjaman yang berjaya di Preston North End.

Ia merupakan satu langkah yang boleh meningkatkan kekuatan pasukan di jentera tengah tanpa sebarang beban kewangan tambahan. Selain itu, spekulasi mengaitkan Everton dengan Ivan Toney yang kini berada di Al-Ahli.

Kembali ke Premier League boleh membantu Toney menonjolkan diri di hadapan pengurus England, Thomas Tuchel, namun sumber-sumber berpendapat bahawa kemungkinan perpindahan itu berlaku musim sejuk ini adalah rendah.

Sumber