Legenda Manchester United, Paul Scholes tanpa berselindung mengakui karier Kobbie Mainoo kini sedang ‘dihancurkan’ oleh pengurus pasukan, Ruben Amorim.
Menurut sumber laporan Sky Sports, beliau telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagram dan kemudian memadamkannya, Scholes meluahkan rasa kekecewaannya kerana Amorim tidak langsung memberikan peluang buat Mainoo untuk beraksi pada pertemuan menentang West Ham United yang berkesudahan United terikat 1-1.
Baca Juga:
- Paul Scholes Dedah Detik ‘Malu Besar’ Ketika Bersemuka Dengan Sir Alex Ferguson

- Paul Scholes Umum Berhenti Jadi Pundit

- Paul Scholes Kutuk Man United Beli ‘Budak Dari Belgium’ Bukannya Donnarumma Yang Persis Schmeichel

Beliau memberikan reaksi terhadap komen Amorim yang menjelaskan keputusan beliau tidak menurunkan pemain tersebut dalam kesebelasan utama.
Scholes Kecewa Mainoo Tidak Diberikan Peluang
“[Sambil mencarut] Budak itu sedang dibinasakan, tak masuk akal langsung. Dia tidak dimainkan dalam sebuah pasukan yang langsung tak mampu mengawal permainan bola sepak.”
“Saya benci melihat pemain akademi sendiri pergi, tetapi mungkin itu yang terbaik untuk dia sekarang. Cukuplah, sampai masa [meninggalkan pasukan].”
Mainoo, 20, pernah berada di kemuncak potensi selepas musim debut yang mengagumkan pada 2023/24 dimana musim yang berakhir dengan graduan akademi itu menjaringkan gol kemenangan dalam final Piala FA dan menembusi skuad England.
Namun, dari bermula dalam final Euro 2024 bersama negaranya, kini dia berdepan kesukaran mendapatkan minit permainan di United.
Situasi itu memaksanya meminta untuk dipinjamkan pada Ogos lalu. Permintaan itu ditolak, dan Mainoo masih menunggu penampilan pertama dalam kesebelasan utama Liga Perdana musim ini.
Malah, Amorim turut mengetepikan dia daripada masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan seri 1-1 di laman sendiri menentang West Ham pada Khamis.