Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente menggesa Lionel Messi supaya mempertimbangkan untuk bersara di pentas bola sepak antarabangsa sekali gus beraksi dalam Piala Dunia 2026.

Messi telah memainkan peranan penting dalam membantu Argentina melayakkan diri ke Piala Dunia di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat itu dengan menjaringkan lapan gol ketika skuad kendalian Lionel Scaloni tersebut menamatkan kempen kelayakan zon Amerika Selatan di tangga teratas.

Baca Juga:

Namun seperti dilaporkan sebelum ini, bintang Argentina itu masih berteka-teki dengan pendiriannya sama ada mahu beraksi di kejohanan tersebut atau tidak.

De La Fuente Tak Mahu Messi Bersara

Sehubungan dengan itu, de la Fuente mahu melihat Messi turut beraksi dimana Sepanyol dan Argentina dilabel sebagai antara pasukan pilihan untuk muncul juara.

“Messi adalah antara pemain yang tidak sepatutnya bersara [dan perlu beraksi di Piala Dunia 2026]. Sama seperti Cristiano Ronaldo. Mereka luar biasa.”

“Apa pun prestasinya sama ada di Finalissima atau Piala Dunia, dia merupakan pemain yang mampu membuat perbezaan hanya dengan satu detik.”

“Oleh itu, penghormatan dan kekaguman sepenuhnya buat karier Leo serta apa yang masih menantinya pada masa hadapan,” ujar de La Fuente menurut sumber laporan Goal.

Dalam undian yang diadakan pada 6 Disember lalu, Argentina selaku juara bertahan telah diundi bersama-sama Austria, Algeria dan Jordan.

Manakala Sepanyol pula perlu berhadapan dengan Cape Verde, Arab Saudi dan Uruguay.

Sumber