Micheal Owen mendedahkan ketiadaan Mohamed Salah menjadi punca kepada kegagalan Liverpool untuk meraih kemenangan ke atas Leeds United pada aksi ke-19 English Premier League (EPL) 2025/26 awal pagi tadi.

Hasrat Liverpool untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kempen liga tidak kesampaian selepas sekadar terikat tanpa jaringan di Anfield.

Baca Juga:

Pada separuh masa kedua yang membimbangkan, The Reds hanya mampu menghasilkan satu percubaan tepat ke sasaran iaitu menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Dominik Szoboszlai.

Liverpool Terjejas Tanpa Mohamed Salah

Mengulas mengenai keadaan tersebut, Owen melihat ketiadaan tonggak serangan yang kini bersama skuad kebangsaan Mesir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 itu menjadi faktor Liverpool tidak mampu menjaringkan gol kemenangan.

“Dia ialah pemain yang mampu mencipta perbezaan,” ujar Owen menurut sumber laporan Sports Bible.

“Orang yang sebelum ini berkata Mo Salah patut digugurkan, direhatkan, dijual atau sudah habis, itulah gambaran mereka [Liverpool] tanpa Mo Salah.”

“Walaupun ketika dia tidak bermain dengan baik, dia masih boleh menjaringkan gol dan segala-galanya seolah-olah dimaafkan. Mo, rasanya semua orang menunggu kamu kembali!”

Liverpool bakal berkunjung ke Craven Cottage pada hujung minggu ini untuk berhadapan dengan Fulham.

Sumber