Manchester United sekali lagi menjadi tumpuan media apabila memecat seorang lagi pengurus meereka. Dan United kini benar benar menjadi antara kelab yang paling banyak membayar pampasan untuk pemecatan pengurus era pasca-Sir Alex Ferguson.
Ruben Amorim rasmi dipecat semalam, selepas Amorim tidak sehaluan dengan hierarki tertinggi Manchester United.
Amorim baru bersama Manchester United kira kira 14 bulan. Ketika mengambil alih tugas sebagai pengurus United, Amorim sebenarnya datang dengan reputasi besar selepas kejayaan bersama Sporting CP.
Namun, prestasi hambar, keputusan tidak konsisten dan kegagalan mempamerkan identiti permainan yang jelas menyebabkan tekanan terhadapnya meningkat dengan pantas.
Hubungan dengan pemain dan hierarki kelab juga dikatakan semakin tegang, menjadikan kedudukannya sukar dipertahankan.
Apa yang lebih mengejutkan, pemecatan Amorim bukan sekadar soal teknikal atau taktikal, tetapi turut membawa kesan kewangan yang besar.
Manchester United membeli Amorim daripada Sporting CP dengan harga £8.3 juta. Dan membayar £900 ribu lagi kerana mahukan pengurus itu mula bertugas lebih awal di United.
Kini United dilaporkan perlu membayar pampasan mencecah £10 juta secara keseluruhan kepada Ruben Amorim di atas pemecatannya.
Menurut Daily Mail, proses melantik dan memecat Amorim dalam masa 14 bulan ini membuatkan United menanggung kos mencecah £27 juta. Ini termasuk kontrak, bayaran perpindahan, serta pampasan pemecatan.
Ini juga melibatkan kos pampasan kepada staf kejurulatihan Ruben Amorim.
When you realise Ruben Amorim and Enzo Maresca are the last two managers to win the Premier League manager of the month award 🤝 pic.twitter.com/vaq6Lwmkro
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 5, 2026
Man United dilaporkan memberikan kepercayaan kepada Darren Fletcher untuk mengambil alih secara interim.