Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baharu sahaja mengumumkan bahawa Datuk Noor Azman Rahman kembali menjalankan tugasnya selaku Setiausaha Agung badan induk bola sepak negara itu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau didapati tidak bersalah berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan negara.

Perkembangan terkini itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan laman sesawang FAM.

Datuk Noor Azman Kembali

“Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pada Rabu, 7 Januari 2026 memutuskan bahawa penggantungan Datuk Noor Azman Hj. Rahman telah berakhir, sekali gus beliau kembali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta.”

“Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 22 Disember 2025 telah membincangkan hasil laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dan ketika itu membuat keputusan meneruskan penggantungan Datuk Noor Azman (sejak 17 Oktober 2025) bagi membawa kes tersebut ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.”

“Justeru, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu telah bermesyuarat dan setelah mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dikenakan ke atas beliau dan juga laporan IIC bertarikh 15 Disember 2025, memutuskan untuk mengembalikan Datuk Noor Azman kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta.”

“Dengan keputusan terbaharu ini, ia menunjukkan bahawa  Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen.”

Keputusan tersebut sekali gus menamatkan tempoh penggantungan yang dikenakan sebelum ini dan membolehkan beliau kembali menjalankan tanggungjawab beliau dalam pengurusan tertinggi FAM.

Sumber