Jamie Carragher melontarkan pandangan pedas mengenai peluang Michael Carrick untuk dilantik secara tetap sebagai pengurus Manchester United.
Bekas pertahanan Liverpool itu mendakwa pengendali interim tersebut tidak memiliki kualiti istimewa yang diperlukan untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca Juga:
- John Terry Yakin Carrick Baru Sahaja Membangkitkan Manchester United Kembali

- EPL: Manchester United Bedil City 2-0 Pada Debut Kepimpinan Michael Carrick

- Analisis Michael Carrick: PSG Hantar Bola Ke Ruang Dan Memanipulasi ‘High Line’ Barcelona

Walaupun baharu sahaja meraih kemenangan derbi ke atas Manchester City tempoh hari, Carragher tidak menyenaraikan pengendali berusia 44 tahun itu dalam senarai akhir empat calon pilihannya.
Sebaliknya menamakan Thomas Tuchel, Luis Enrique dan Eddie Howe sebagai antara yang mampu untuk untuk mengambil alih tugas di Old Trafford pada musim panas ini.
Carrick Perlu Jadi Istimewa
“Saya tidak akan mengubah pendirian saya,” ujar Carragher menurut sumber laporan Goal.
“Saya sentiasa berfikir begini apabila seorang pengurus Liverpool dilantik, adakah saya benar-benar percaya individu ini mampu memenangi liga untuk kami”
“Ia tidak bermaksud dia pasti akan melakukannya tetapi saya perlu percaya bahawa dia mampu.”
“Saya tidak percaya Manchester United boleh memenangi liga dengan Michael Carrick sebagai pengurus, begitu juga Chelsea tidak akan memenangi liga dengan Liam Rosenior sebagai pengurus.”
“Anda perlu benar-benar istimewa. Cuba fikirkan pengurus-pengurus yang pernah memenangi Liga Perdana Inggeris. 99 peratus daripada mereka adalah individu yang istimewa dan saya merasakan Michael Carrick tidak memiliki kualiti itu.”
“Mungkin saya akan terbukti silap, tetapi itulah sebabnya saya mengetepikan Michael Carrick daripada senarai tersebut.”