Arsenal sekali lagi dilabel sebagai calon juara English Premier League (EPL) selepas tiga musim berturut-turut menamatkan saingan di kedudukan naib juara.
Selepas mengharungi lapan perlawanan, skuad kendalian Mikel Arteta itu memimpin carta EPL dengan 19 mata dan berpeluang untuk menambah tiga lagi mata pada jam 10.00 malam ini apabila The Gunners akan berhadapan dengan Crystal Palace di laman sendiri.
Baca Juga:
- Supercomputer Opta Ramal Arsenal Juara EPL Dan UCL Musim Ini

- 4 Gol Dalam Masa 13 Minit, Arteta Tak Sangka Arsenal Boleh Belasah Atletico

- Hatrik Haaland Dan 2 Jaringan Sendiri, Norway Ajar Negara Haram Pertarungan Lelaki Sebenar

Arteta cukup serius dalam menghadapi musim 2025/26 selepas berbelanja besar dengan membawa masuk Viktor Gyokeres dan Eberechi Eze dalam usaha menambah kreativiti dan ketajaman jentera serangan.
Melihatkan kepada perkembangan tersebut, Carragher yang tidak pernah memenangi kejuaraan EPL ketika bersama Liverpool merasakan hanya ada seorang pemain mampu menggagalkan impian besar Arsenal ini.
Pemain Yang Mampu Gagalkan Impian Arsenal
“Arsenal memulakan musim ini dengan kebimbangan bahawa Liverpool bakal menjadi penghalang utama dalam usaha menamatkan penantian 21 tahun mereka untuk kejuaraan liga.”
“Namun kini, ketakutan terbesar mereka mungkin adalah Erling Haaland,” ujar Carragher menurut sumber laporan Sport Bible.
“Jika Arsenal memiliki skuad terbaik antara pasukan pencabar dan Liverpool perlu menyelesaikan isu-isu yang telah lama diketahui, Manchester City pula mempunyai pemain paling berpengaruh dan penyerang paling berbahaya.”
“Pemain Norway itu merupakan sebab utama mengapa pasukan kendalian Pep Guardiola mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kejuaraan mereka.”
“Tanpanya, sasaran paling realistik City hanyalah menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.”
“Saya tetap dengan pendirian bahawa Haaland sudah pun menjadi penjaring gol terhebat yang pernah kita saksikan di England.”
Haaland kini hanya empat gol lagi daripada mencapai 100 jaringan dalam EPL.
Sejak tiba di Etihad, penyerang Norway itu telah menjaringkan 96 gol dalam 105 perlawanan dimana ia satu rekod yang luar biasa.