Berakhirnya kesemua lapan perlawanan UEFA Champions League (UCL) 2025/26 menyaksikan Arsenal terus unggul di tangga teratas dengan rekod 100 peratus kemenangan untuk meraih mata maksimum.

Statistik hebat yang menjadikan The Gunners sebagai calon juara pada edisi kali ini.

Aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Emirates Stadium, Arsenal mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan tangga terbawah, Kairat Almaty.

UCL 2025/26: Kedudukan Lengkap Selepas Berakhir 8 Perlawanan
Kredit Foto: Cesar MANSO / AFP

Kai Havertz yang kembali beraksi selepas mengalami kecederaan panjang, hanya memerlukan 15 minit untuk membuktikan kemampuannya dalam menjaring gol.

Senarai lapan pasukan layak secara automatik ke suku akhir memperlihatkan penguasaan kelab England apabila empat daripada lima pasukan mengisi slot tersebut.

Hanya Newcastle United yang terikat 1-1 ketika bertemu Paris Saint-Germain (PSG) terpaksa beraksi di pusingan play-off UCL 2025/26.

UCL 2025/26: Kedudukan Lengkap Selepas Berakhir 8 Perlawanan
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP

Manakala kemenangan 4-2 Benfica ke atas Real Madrid membolehkan skuad kendalian Jose Mourinho itu mengisi slot terakhir pusingan play-off.

Berikut merupakan kedudukan penuh saingan UCL 2025/26  selepas berakhirnya pusingan awal:

UCL 2025/26

1) Arsenal – 24 mata

2) Bayern Munich – 21 mata

3) Liverpool – 18 mata

4) Tottenham Hotspur – 17 mata

5) Barcelona – 16 mata

6) Chelsea – 16 mata

7) Sporting Lisbon – 16 mata

8) Manchester City – 16 mata

[Lapan pasukan layak automatik ke pusingan 16]

9) Real Madrid – 15 mata

10) Inter Milan – 15 mata

11) PSG – 14 mata

12) Newcastle United – 14 mata

13) Juventus – 13 mata

14) Atletico Madrid – 13 mata

15) Atalanta – 13 mata

16) Bayer Leverkusen – 12 mata

17) Borussia Dortmund – 11 mata

18) Olympiacos – 11 mata

19) Club Brugge – 10 mata

20) Galatasaray – 10 mata

21) AS Monaco – 10 mata

22) Qarabaq FK – 10 mata

23) Bodo/Glimt – 9 mata

24) Benfica – 9 mata

[16 pasukan layak ke pusingan play-off] 

25) Marseille – 9 mata

26) Pafos – 9 mata

27) Royale Union Saint-Gilloise – 9 mata

28) PSV Eindhoven – 8 mata

29) Athletic Bilbao – 8 mata

30) SS Napoli – 8 mata

31) Copenhagen – 8 mata

32) Ajax Amsterdam – 6 mata

33) Eintracht Frankfurt – 4 mata

34) Slavia Praha – 3 mata

35) Villarreal – 1 mata

36) Kairat Almaty – 1 mata

[12 pasukan tersingkir daripada UCL 2025/26]