Keputusan seri tanpa jaringan dicatatkan ketika bertemu Wolves awal pagi tadi menyaksikan Nottingham Forest semakin bernafsu dalam memecat pengurusnya.

Sean Dyche yang hanya 114 hari membimbing kelab tersebut secara rasminya dipecat daripada tugasannya.

Pengendali berusia 54 tahun itu merupakan pengurus ketiga dipecat oleh kelab tersebut pada musim ini dimana sebelum itu Nuno Espirito Santo dan Ange Postecoglou menerima nasib sama.

Forest ketika ini hanya tiga mata dibezakan dengan zon penyingkiran dalam saingan liga yang hanya berbaki 12 perlawanan.

“Kelab Bola Sepak Nottingham Forest mengesahkan bahawa Sean Dyche telah dilepaskan daripada tugasannya sebagai ketua jurulatih.”

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Sean dan kakitangannya atas segala usaha sepanjang tempoh mereka bersama kelab, dan kami mendoakan yang terbaik buat mereka pada masa hadapan.”

“Buat masa ini, kami tidak akan memberikan sebarang ulasan lanjut,” satu kenyataan rasmi dikeluarkan pagi tadi.

Apa Masalah Nottingham Forest?

Berdasarkan statistik, Dyche membimbing kelab tersebut sebanyak 18 perlawanan dalam semua pertandingan disertai termasuklah Europa League.

Daripada kesemua aksi tersebut, Nottingham Forest meraih enam kemenangan, empat keputusan seri dan lapan kekalahan.

Statistik tersebut mungkin tidak begitu digemari pemilik pasukan, Evangelos Marinakis hingga menyebabkan Sean Dyche dipecat.

Nuno Espirito dipecat selepas 23 hari musim bermula. Penggantinya, Postecoglou, bertahan hanya 39 hari manakala Dyche pula berkhidmat selama 114 hari.

Memang satu kelab yang sukar diduga dan berapa hari pula tempoh berkhidmat bagi pengendali baharu Nottingham Forest nanti?

Menarik untuk kita saksikan!