Cristiano Ronaldo terus bernafsu dalam mengembangkan kekayaan yang dikumpul sepanjang karier bola sepaknya.

Kali ini bintang kelahiran Portugal itu membuat pelaburan bernilai $7.5 juta dalam platform teknologi kesihatan milik Herbalife.

Ronaldo sudah lama menjadi penaja dalam kariernya dan kini beliau pula memutuskan untuk melaburkan wangnya di jenama terkenal itu.

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: Fayez NURELDINE / AFP

Syarikat suplemen pemakanan tersebut mengumumkan perkara itu semasa sesi panggilan persidangan pendapatan pada hari Rabu, yang terus memberi kesan serta-merta kepada saham syarikat apabila pasaran dibuka.

Impak Cristiano Ronaldo

Menurut sumber laporan Marca, Ronaldo memperoleh pegangan sebanyak 10% dalam HBL Pro2col Software LLC, sebuah anak syarikat Herbalife yang khusus dalam perisian kesihatan dan pemakanan.

Platform ini berfungsi dengan mengumpul data kesihatan pengguna serta analisis gaya hidup bagi menghasilkan pelan pemakanan dan program kesejahteraan yang diperibadikan.

Cristiano Ronaldo menyifatkannya sebagai satu ‘evolusi semula jadi’ menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu sendiri, sambil menegaskan bahawa kerjasama dengan Herbalife adalah apa yang mendorong dirinya pada tahap karier ketika ini.

Ronaldo
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)

Impak pantas dapat disaksikan apabila hanya sehari kemudian, perkara itu menyebabkan saham Herbalife melonjak lebih 15% pada sebelah pagi sekali gus membuktikan bahawa impak ekonomi dan pengaruh global Cristiano Ronaldo terus menjana perhatian media yang besar.

Pemenang lima kali Ballon d’OR itu itu turut menduduki tangga teratas senarai atlet dengan bayaran tertinggi Forbes bagi tahun 2025, dengan jumlah pendapatan mencecah $280 juta.

Daripada jumlah tersebut, hampir $50 juta merupakan pendapatan luar padang yang datang daripada perniagaan di bawah jenama CR7 miliknya, merangkumi hotel, gimnasium dan jam tangan.

Sumber