Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak paling berpengaruh dari segi pemasaran di dunia bagi tahun 2025.
Ronaldo telah mengatasi nama-nama besar seperti Lionel Messi dan Jude Bellingham dalam ranking tahunan ke-16 dikeluarkan laman sesawang SportsPro.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo, Lionel Messi Terus Pecahkan Rekod Dunia

- Takut 5G Jejas Tidur! Ini Tabiat Cristiano Ronaldo Dibongkarkan Oleh Cedric Soares

- Ini Sebab Manchester United Megastore Tak Benarkan Peminat Cetak Nama Beckham & Ronaldo Pada Jersi Kelab

SportsPro merupakan sebuah syarikat media yang berpangkalan di United Kingdom dan memfokuskan kepada industri sukan melalui platform digital dan penganjuran acara.
Kajian tersebut yang merangkumi atlet daripada pelbagai bidang sukan menamakan pemandu Formula Satu yang kini bersama Ferarri, Lewis Hamilton sebagai atlet paling berpengaruh dari segi pemasaran keseluruhan.
Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Paling Berpengaruh
Manakala Cristiano Ronaldo menduduki tempat kelima secara keseluruhan untuk menjadi pemain bola sepak paling berpengaruh, dihadapan Neymar yang berada di tempat keenam.
Daripada senarai yang dikeluarkan, Robert Lewandowski menduduki tempat ketiga dengan berada di kedudukan ke-11 secara keseluruhan sambil diikuti Kylian Mbappe (ke-13), Vinicius Jr (ke-14), Lionel Messi (ke-16) dan Bukayo Saka (ke-19).
Terdapat 18 pemain bola sepak yang berada dalam senarai 50 atlet paling berpengaruh tersebut.
Setiap atlet dinilai berdasarkan Skor Keberpengaruhan Pasaran (Total Marketability Score) daripada 100 mata, yang dibina berdasarkan tiga komponen utama iaitu kekuatan jenama, jumlah pasaran yang boleh dicapai serta faktor ekonomi.
Berikut merupakan senarai 18 pemain bola sepak yang berpengaruh daripada segi pemasaran di dunia:
1) Cristiano Ronaldo
2) Neymar
3) Robert Lewandowski
4) Kylian Mbappe
5) Vinicius Jr
6) Lionel Messi
7) Bukayo Saka
8) Lamine Yamal
9) Harry Kane
10) Raphinha
11) Marcus Rashford
12) Achraf Hakimi
13) Alexia Putellas – Pasukan Wanita Barcelona
14) Mohamed Salah
15) Rodrygo Goes
16) Jamal Musiala
17) Beth Mead – Pasukan Wanita Arsenal
18) Dani Olmo