Barcelona sedang merancang satu ‘remontada’ hebat di laman Atletico Madrid, Riyadh Air Metropolitano pada aksi suku akhir kedua UEFA Champions League (UCL) 2025/26 pada pertengahan minggu depan.
Barcelona tersentak selepas tewas 0-2 kepada lawan senegara itu menerusi jaringan Julian Alvarez dan Alexander Sorloth.
Di sebalik usaha hebat bakal dijelmakan itu, sumber laporan Goal mendedahkan beberapa perkara luar biasa di sebalik tabir skuad Barcelona, termasuk rungutan mengenai kualiti makanan serta usaha untuk memecahkan ‘sumpahan’ keputusan buruk.
Pengalaman kurang disenangi pemain itu berkemungkinan dilalui ketika mereka berkunjung ke Madrid pada aksi LaLiga pada 5 April lalu.
Pada Februari lalu, The Catalan turut menerima mimpi ngeri ketika berada di sana selepas tewas 0-4 pada aksi pertama separuh akhir Copa del Rey.
Masalah Dihadapi Barcelona Di Madrid
Para pemain telah merungut tentang kualiti daging yang dihidangkan di hotel penginapan di Madrid, dengan menyatakan bahawa mereka lebih menyukai potongan daging yang disediakan di pusat latihan kelab dan telah meminta agar bekalan tersebut diuruskan sepanjang penginapan mereka.
Pihak kelab bersetuju, sambil mengambil maklum bahawa harga daging di hotel adalah sangat tinggi, hampir setanding dengan harga kaviar (telur ikan).
Sama-sama kita nantikan mempukah ‘diet daging khas’ ini akan memberikan tenaga tambahan untuk mereka memadamkan kelebihan Atletico, atau adakah Riyadh Air Metropolitano akan menjadi saksi terkuburnya impian UCL buat Barcelona musim ini.