Barcelona mengambil langkah rasmi dengan mengemukakan aduan kepada UEFA susulan beberapa keputusan pengadilan yang mencetuskan kontroversi dalam perlawanan menentang Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA pada 9 April 2026.
Perlawanan tersebut dikendalikan oleh pengadil dari Romania, István Kovacs, yang kini menjadi tumpuan utama kritikan selepas beberapa keputusan penting dianggap merugikan FC Barcelona.
Kontroversi terbesar tercetus apabila Barcelona dinafikan sepakan penalti selepas insiden handball dalam kotak penalti Atletico. Walaupun ulang tayang menunjukkan sentuhan jelas, pengadil memilih untuk tidak memberikan penalti — keputusan yang turut disahkan oleh VAR.
Situasi ini mencetuskan persoalan besar terhadap konsistensi penggunaan teknologi VAR, yang sepatutnya membantu mengurangkan kesilapan pengadil, bukannya menambah kekeliruan.
Satu lagi kontroversi adalah melibatkan kad merah Pau Cubarsi. Di mana Barcelona mendakwa pengadil dan VAR tidak berfungsi sesuai dengan fungsin
Kritikan keras Hansi Flick
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, tidak menyembunyikan kekecewaannya selepas perlawanan. Beliau secara terbuka mempersoalkan fungsi VAR dalam situasi tersebut.
“Penjaga gol Atletico hantar bola kepada pertahanan, dan pertahanan tengah sentuh bola dengan tangan tanpa melihat pun. Jadi, apa gunanya VAR?”
🚨 OFFICIAL: Barcelona fill complaint to UEFA for referee and VAR decisions. ⚠️
FC Barcelona reports that, on the day of the day of the day, the Club's legal services have presented a formal complaint against UEFA in relation to the matches that occurred in the match of the… pic.twitter.com/gguqPqmoBY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 9, 2026
Kenyataan itu mencerminkan rasa tidak puas hati mendalam dalam kem Barcelona terhadap keputusan pengadil dan sistem bantuan video.
Barcelona buat aduan
Susulan insiden itu, Barcelona dilaporkan telah mengemukakan aduan rasmi kepada UEFA, menuntut penjelasan terhadap beberapa keputusan kritikal sepanjang perlawanan.
https://x.com/search?q=barcelona%20referee&src=typed_query
Aduan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada insiden penalti, tetapi juga beberapa keputusan lain yang dianggap berat sebelah.
Istvan Kovacs digantung
Laporan COPE ES menyatakan bahawa Istvan Kovacs tidak akan mengadili mana mana pertandingan eropah lagi untuk baki musim ini.
Ianya berikutan prestasi tidak memuaskan yang dia tunjukkan ketika mengadili aksi besar antara Barcelona dan Atletico.
Tindakan itu diambil sejurus selepas Barcelona mengemukakan aduan rasmi mereka.
Selain daripada keputusan kontroversi tidak memberikan penalti kepada Barcelona, UEFA juga kurang berpuas hati tindakan Istvan yang tidak menggunakan VAR sebaiknya ketika insiden melibatkan kad merah Pau Cubarsi.