Kehangatan kejohanan badminton berpasukan berprestij di dunia iaitu Piala Thomas dan Piala Uber 2026 semakin dirasakan apabila tirai saingan bakal bermula Jumaat ini.
Piala Thomas 2026
Kejohanan yang diadakan di Horsens, Denmark itu menyaksikan skuad Piala Thomas Malaysia membuka saingan dengan menghadapi England pada Sabtu (25 April) jam 6.00 petang waktu tanah air.
Mereka kemudiannya akan berhadapan dengan Finland untuk aksi kedua pada 27 April, juga pada jam 6.00 petang. Berselang dua hari kemudian, Jepun menjadi lawan terakhir skuad badminton negara pada 4.00 petang.
Piala Uber 2026
Sementara itu, skuad Piala Uber pula akan membuka tirai kempen dengan menghadapi Turkiye pada Sabtu jam 2.30 petang dan diikuti menentang Afrika Selatan keesokan harinya jam 6.00 petang.
Aksi terakhir pula kem negara akan bertemu Jepun pada 27 AprilĀ jam 6.00 petang. Ini bermakna barisan pemain wanita negara perlu beraksi tiga hari berturut-turut.
Melihatkan kepada undian kumpulan, skuad negara kelihatan mampu untuk ke peringkat suku akhir bagi kedua-dua kejohanan.
Kali terakhir skuad Piala Thomas mara ke perlawanan akhir adalah pada edisi 2014 selepas dihampakan Jepun. Manakala kali terakhir skuad Piala Uber melepasi peringkat kumpulan adalah pada 2010 di Kuala Lumpur.