Undian Piala Thomas 2026 yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan Malaysia telah diundi dalam kumpulan D bersama Jepun, England dan Finland.
Melihatkan kepada pencapaian di atas kertas, Malaysia dilihat tidak terlalu berdepan laluan sukar untuk mara ke peringkat suku akhir.
Mengikut kepada perkembangan semasa, England dan Finland mungkin bukanlah lawan terlalu sukar untuk diharungi kem negara.

Namun, dalam apa sahaja suka sekalipun, terlalu memandang rendah keupayaan lawan mampu menjerat diri sendiri.
Sementara itu, skuad Piala Uber dilihat mampu untuk melangkah ke suku akhir selepas diundi bersama-sama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.
Dengan peningkatan prestasi semakin ditunjukkan K. Letshanaa, Wong Ling Ching dan Goh Jin Wei dalam sektor perseorangan, ia dilihat mengurangkan beban yang sebelum ini hanya disandarkan kepada Pearly Tan-M. Thinaah untuk memberikan mata buat negara.
Edisi 2024 menyaksikan skuad Piala Thomas negara melangkah ke separuh akhir tetapi dikecewakan China yang akhirnya muncul juara.

Skuad Piala Uber pula gagal melepasi peringkat kumpulan yang terdiri daripada Thailand dan Chinese Taipei.
Saingan Piala Thomas 2026 dan Piala Uber 2026 akan bermula 24 April hingga 3 Mei nanti di Horsens, Denmark.
Piala Thomas 2026
Kumpulan A – China, India, Kanada & Australia
Kumpulan B – Jepun, Malaysia, England & Finland
Kumpulan C – Chinese Taipei, Denmark, Korea & Sweden
Kumpulan D – Indonesia, Perancis, Thailand & Algeria
Piala Uber 2026
Kumpulan A – China, India, Denmark & Ukraine
Kumpulan B – Jepun, Malaysia, Turkiye & Afrika Selatan
Kumpulan C – Chinese Taipei, Indonesia, Kanada & Australia
Kumpulan D – Korea, Thailand, Bulgaria & Sepanyol