Selepas berakhir kejohanan Piala Thomas dan Uber, barisan pemain Malaysia akan menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2026 yang berlangsung di Nimibutr Stadium, Bangkok.
Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) itu bakal berlangsung 12 hingga 17 Mei nanti.
Kem negara menyaksikan sebahagian besar barisan pemain utama direhatkan daripada saingan ini.
Bagi pemain di bawah kelolaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), peluang diberikan kepada pasangan baharu dibentuk iaitu Choong Hon Jian-Wong Vin Sean dan Bryan Jeremy Goonting-Muhammad Haikal Nazri.
Gandingan ‘independent’ yang baharu bersama, Chia Weijie-Teo Ee Yi juga akan membuat penampilan sulung.
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2026:
Wakil Malaysia Di Terbuka Thailand 2026
Perseorangan Lelaki
1) Aidil Sholeh Ali Sadikin – Kelayakan
2) Lee Zii Jia – Kelayakan
Perseorangan Wanita
3) Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
5) Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
6) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong
7) Chia Weijie-Teo Ee Yi
8) Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian – Kelayakan
9) Choong Hon Jian-Wong Vin Sean
10) Bryan Jeremy Goonting-Muhammad Haikal Nazri
Beregu Wanita
11) Ong Xin Yee-Carmen Ting
12) Chong Jie Yu-Vanessa Ng
Beregu Campuran
13) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien