Tular satu gambar Szczesny bersama Robert Lewandowski. Dan ada peminat ingatkan dia sedang memakai baju yang terbakar kerana seterika.

Ini kerana ada kesan tekapan seterika pada bahagian poketnya. Oleh kerana perangai Szczesny yang gila gila, dia dianggap sedang memakai baju yang ada kesan seterika itu.

Ramai yang tergelak lucu melihat baju penjaga gol Barcelona itu. Malah ada yang menyakat bahawa dia telah membuatkan baju itu terbakar kerana rokok.

Dan ada juga yang menganggap Szczesny memang seorang yang kelakar.

baju
Foto: X

Ada juga menjangkakan bahawa baju tersebut bakal menjadi satu ‘rekaan baju baru’ yang akan dijual di pasaran.

Tidak perlu! Kerana ternyata itu memang rekaan yang sudah ada di pasaran. Dan penjaga gol asal Poland itu sedang menggayakannya.

Sebenarnya,  itu bukan kesan terbakar kerana seterika. Ianya memang rekaan unik baju tersebut.

Dan lebih mengejutkan harga baju tersebut bernilai ribuan dollar. Di mana seorang pengguna X berkata: “Itu baju jenama Vetements bro, sila buat kajian.”

Dan dia menyertakan iklan produk tersebut yang menunjukkan harga baju tersebut sekitar USD1,139.00 atau sekitar RM4,513.86 – pada tukaran semasa artikel ini ditulis.

Baju tersebut merupakan jenama streetwear yang pernah dikongsikan oleh laman Staygroundead TV sebelum ini. Walaupun ada yang mencadangkan bahawa ada cara nak buat rekaan itu DIY.