Declan Rice yakin bahawa Arsenal akan kembali semula ke final dan menjulang Liga Juara Juara Eropah musim akan datang, selepas menamatkan musim sebagai naib juara.

Menurut Rice, sebelum ini mereka menamatkan saingan EPL di tangga kedua, dan akhirnya bergelar juara pada musim ini.

Rice berkata: “Musim pertama saya dengan Arsenal, kami tersingkir di suku akhir. Musim kedua saya, kami tersingkir di separuh akhir.

“Hari ini kami kalah di final.

“Sama seperti di EPL. Kami berada di tangga kedua sebanyak 3 musim berturut turut. Dan sekarang kami berjaya memenanginya, di mana ianya sangat luar biasa.

“Kamu tak dapat nak jelaskan perasaan kamu selepas memenanginya.

“Dan sekarang kami kalah di final UCL. Saya rasa kami mahu kembali semula dan menjulang trofi UCL. Dan saya yakin kami akan kembali semua.

“Sesuatu yang mengujakan sedang menanti kami di hadapan. Kami sedang berada dalam trajektori menaik dalam beberapa tahun ini, selepas memenangi liga, kami akan mencabar kejuaraan sekali lagi musim hadapan dan kami dah bersedia.

“Kami bersatu dan terus berjuang. Sebab itulah yang kami mahu lakukan.”