Declan Rice terlepas daripada kad merah ketika Arsenal tewas 0-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Premier League, awal pagi tadi.
Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-97 apabila Rice terlibat dalam pertelingkahan dengan pemain Brighton, Malick Junior Yalcouye.
Yalcouye dilihat mengejar Rice selepas pemain tengah Arsenal itu melepaskan bola sebelum memberikan sedikit tolakan. Rice kemudian bertindak balas dengan menjatuhkan pemain Brighton tersebut.
Pengadil Darren England hanya melayangkan kad kuning kepada Rice atas tindakannya itu.
Declan Rice didn’t get a Red card for this? pic.twitter.com/LxGriunQ63
— Phamouxgram🧌 (@phamouxgram) September 19, 2026
Bekas pengadil profesional, Keith Hackett turut berpendapat bahawa Declan Rice sepatutnya dilayangkan kad merah di atas tindakannya itu,
🚨 "It should have been 𝐑𝐄𝐃" – Ex-PGMOL chief @HACKETTREF says Declan Rice should have been sent off v Brighton as he makes Phil Foden comparison. Do you agree with him or has he got this one wrong? pic.twitter.com/atq0P4iQAx
— Football Insider (@footyinsider247) September 19, 2026
VAR Selamatkan Rice
Insiden berkenaan turut diperiksa oleh VAR, namun pegawai di bilik VAR bersetuju dengan keputusan England dan tidak mengesyorkan kad merah.
VAR menjelaskan bahawa tindakan Rice tidak memenuhi kriteria untuk dikategorikan sebagai tindakan ganas.
Pegawai perlawanan menilai tindak balas Rice sebagai tindakan yang bersifat emosi dan kebudak-budakan, bukannya perbuatan yang membahayakan keselamatan lawan.
Rice bagaimanapun tidak dapat membantu Arsenal mengelak kekalahan pertama mereka dalam Premier League musim ini.
Pascal Gross, Charalampos Kostoulas dan Chema Andres masing-masing menjaringkan gol untuk Brighton ketika The Gunners tewas 0-3 di Amex Stadium.