Declan Rice tampil mendedahkan tentang keraian golnya dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Burnley dalam aksi Premier League.
Menurut Rice, keraian itu ditujukannya kepada seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.
Pemain antarabangsa England itu menjaringkan satu gol bersama Viktor Gyokeres ketika pasukan bimbingan Mikel Arteta itu mudah menewaskan pasukan yang baru dinaikkan pangkat di Turf Moor pada Sabtu, mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas carta Premier League.
Arsenal membuka jaringan dalam suku pertama permainan apabila pemain baharu musim panas, Gyokeres — yang dibeli dengan harga £64 juta — meledak gol keenamnya bersama kelab itu.
Declan Rice kemudian menggandakan kelebihan sebelum separuh masa, berlutut dan menuding ke langit sebagai tanda penghormatan penuh emosi selepas menjaringkan gol tersebut.
Selepas perlawanan, Rice menjelaskan maksud di sebalik sambutan jaringannya.
Ianya didedikasikannya kepada ibu saudaranya yang sangat istimewa, dan meninggal dunia pada bulan lalu.
“Mak cik saya meninggal dunia sebelum perlawanan menentang Fulham,” katanya kepada Premier League Productions.
“Saya sangat sayangkan dia. Dia selalu ikut dan hadir ke mana saja stadium saya bermain bersama ibu saya. Saya tahu dia sedang memerhati dari atas sana, jadi gol ini khas untuk dia.”
🗣️ Declan Rice on his goal celebration: “My auntie passed away before the Fulham game. I loved her to death. Travelled everywhere to watch me with my mum. I know she's watching down so that was for her today.” ❤️🥺 pic.twitter.com/1YC6k8FC5o
— DailyAFC (@DailyAFC) November 1, 2025
Declan Rice benar benar mempamerkan aksi berkelas dunia ketika menentang Burnley.
📲 Declan Rice on Instagram.
🗣️ ‘that was for you today Bev, I know you are looking down on me! Love you forever ❤️’ https://t.co/tRzHgUaCtL pic.twitter.com/1Ez0yLFEr7
— DailyAFC (@DailyAFC) November 1, 2025
Arteta turut memuji persembahan pasukannya, khususnya penguasaan mereka sebelum rehat.
Arteta berkata: “Separuh masa pertama luar biasa — kami menjaringkan dua gol dan tidak memberi apa-apa peluang kepada lawan. Itulah asas kemenangan kami,” kata pengurus Arsenal itu.
“Kami terpaksa melakukan beberapa pertukaran dan tidak mengawal sepenuhnya babak kedua, tetapi pertahanan tetap mantap — kami tidak beri apa-apa peluang.
“Ada sebab mengapa mereka hanya tewas sekali dalam 18 bulan di sini, dan itu pun kepada Liverpool di saat akhir perlawanan.”
Arteta juga turut memuji pengaruh besar Rice di bahagian tengah, memuji ketekalan dan kepimpinannya.
“Dia benar-benar menonjolkan dirinya,” tambah Arteta. “Saya tak pasti berapa banyak bola dan terjahan yang dia menangi hari ini. Inilah evolusi seorang pemain.”